Breadcrumbs

Memahami Novel Coronavirus (2019-nCoV)

Apakah itu Koronavirus?

Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia[i], Koronavirus (CoV) ialah sekumpulan besar virus yang menyebabkan pelbagai penyakit, termasuk selesema biasa dan juga penyakit lebih serius seperti Sindrom Pernafasan Timur Tengah (MERS-CoV) dan Sindrom Pernafasan Akut Teruk (SARS-CoV).

 

Apakah yang dimaksudkan dengan 2019 Novel Coronavirus (2019-nCoV)?

2019 Novel Coronavirus (2019-nCoV) atau Koronavirus Baharu 2019 ialah sejenis strain baharu koronavirus yang buat pertama kali dikenal pasti  semasa penyiasatan dibuat terhadap penularan wabak di Wuhan, China.  Satu perkara penting yang perlu diberi perhatian ialah terdapat perbezaan besar dalam tahap penyebaran virus daripada manusia kepada manusia. Sesetengah virus sangat mudah berjangkit, manakala virus lain tidak begitu mudah disebarkan. Penyiasatan sedang dijalankan untuk memahami kebolehpindahan, tahap keterukan dan ciri-ciri lain yang dikaitkan dengan 2019-nCoV, tetapi hakikatnya terdapat tanda-tanda berlakunya penyebaran daripada manusia kepada manusia[ii].

 

Mengenali Gejala Koronavirus

Menurut CDC, pesakit yang disahkan dengan jangkitan 2019-nCoV telah melaporkan penyakit pernafasan ringan hingga teruk dengan gejala yang termasuk:

  • Demam
  • Batuk
  • Sesak nafas

CDC percaya buat masa ini bahawa gejala 2019-nCoV mungkin muncul seawal 2 hari atau sehingga 14 hari selepas pendedahan. Ini adalah berasaskan hasil pemerhatian sebelum ini sebagai tempoh inkubasi atau pengeraman virus MERS.[iii]

 

Bagaimana Koronavirus Disebarkan

CDC menyatakan[iv] bahawa koronavirus paling mudah disebarkan daripada orang yang berjangkit kepada orang lain menerusi:

  • udara, iaitu melalui batuk dan bersin
  • sentuhan langsung, seperti menyentuh atau berjabat tangan
  • menyentuh objek atau permukaan yang mempunyai virus, kemudian menyentuh mulut, hidung atau mata sebelum mencuci tangan anda
  • pencemaran najis, walaupun jarang berlaku

Buat masa ini, tahap kemudahan atau keberkekalan penyebaran 2019-nCoV sesama manusia adalah tidak begitu jelas. Banyak lagi yang perlu dipelajari tentang tahap penyebaran, keterukan dan ciri-ciri lain yang dikaitkan dengan 2019-nCoV dan penyiasatan sedang dijalankan.

 

Bagaimana untuk membantu melindungi diri daripada Koronavirus

Cara terbaik untuk melindungi diri anda ialah mengelakkan pendedahan kepada virus. CDC sentiasa mengesyorkan[v] langkah pencegahan ringkas setiap hari untuk membantu mencegah penyebaran virus pernafasan, termasuk:

  • Mengelakkan pergaulan rapat yang sakit.
  • Mengelakkan menyentuh mata, hidung dan mulut dengan tangan yang tidak dicuci.
  • Kerap cuci tangan dengan sabun dan air untuk sekurang-kurangnya 20 saat. Jika tiada sabun dan air, gunakan pembersih tangan berasaskan alkohol
  • Bersihkan dan basmi kuman pada objek dan permukaan yang kerap disentuh
  • Jangan keluar rumah jika anda sakit
  • Tutup mulut semasa batuk atau bersin anda dengan tisu, kemudian buang tisu ke dalam tong sampah

Seperti semua penyakit berjangkit, amalan menjaga kebersihan yang baik boleh membantu mengawal penyebarannya. Bagaimanapun, cadangan kesihatan awam paling penting ialah orang ramai harus mengunjungi kemudahan kesihatan terdekat jika mereka mengalami sebarang gejala yang berkaitan dengan Koronavirus. Hubungi pejabat penyedia perkhidmatan kesihatan anda dan beritahu mereka tentang rancangan perjalanan dan gejala anda.  Mereka akan memberi nasihat dan arahan tentang cara untuk mendapatkan rawatan tanpa mendedahkan orang lain kepada penyakit anda.

 

Bolehkah Dettol membunuh Koronavirus (2019-nCoV)?

Virus ini merupakan strain baharu koronavirus yang belum pernah dilihat dalam manusia dan dengan itu masih belum diuji dengan produk kami. Kami akan terus berganding bahu dengan rakan-rakan kerjasama kami untuk memastikan kami mempunyai kefahaman terbaharu tentang virus ini dan akan menguji rangkaian produk kami apabila pihak berwajib kesihatan dapat menyediakan strain ini.

Bagaimanapun, produk Dettol khusus telah menunjukkan keberkesanan terhadap virus yang serupa 2019 Novel Coronavirus (2019-nCoV), apabila digunakan mengikut arahan penggunaan. Ini termasuk: 

Penyembur Disinfektan Dettol

Cecair Antiseptik Dettol

Pencuci Serba Guna Dettol

Sanitizer Tangan Dettol *

 

CDC dan Pertubuhan Kesihatan Sedunia secara khususnya menasihati orang ramai untuk kerap mencuci tangan dengan sabun dan air atau menggunakan pembersih tangan berasaskan alkohol. Sila rujuk kepada laman web CDC di https://www.cdc.gov/coronavirus/2019-ncov/ untuk maklumat tambahan.

 

*vs. Rhinovirus, Rotavirus

Sila rujuk kepada laman web WHO di https://www.who.int/health-topics/coronavirus untuk maklumat tambahan.

 

[i] https://www.who.int/health-topics/coronavirus

[ii] https://www.cdc.gov/coronavirus/2019-ncov/

[iii] https://www.cdc.gov/coronavirus/2019-ncov/about/symptoms.html

[iv] https://www.cdc.gov/coronavirus/about/transmission.html

[v] https://www.cdc.gov/coronavirus/2019-ncov/about/prevention-treatment.html