Perlindungan daripada Kuman

Adakah mangkuk tandas merupakan kawasan utama kuman? Kita semua tahu bahawa mangkuk tandas cenderung untuk mengandungi bakteria dan kuman lain. Kita cenderung untuk membersihkan perkakas tersebut dengan pembersih tandas khas bagi menghilangkan kotoran dan kerak, namun ini menimbulkan ancaman ringan kepada kesihatan kita. Walau bagaimanapun, bakteria adalah sesuatu yang perlu kita risaukan, kerana ia lebih cenderung untuk tersebar ke kawasan lain. Dan apakah penyebar utama kuman ini? Tangan kita dan semua yang disentuhnya...
Untuk kebersihan bilik air yang baik, pastikan anda menumpukan perhatian kepada kawasan utama kuman:
Permukaan yang biasa disentuh seperti pam tandas, kerusi tandas, paip bilik air, tombol pintu dan tong sampah, kesemua ini boleh tercemar semasa penggunaan biasa bilik air. Jika anda mempunyai anak kecil yang baru belajar tentang keseronokan membuka paip dan mengepam tandas, kebersihan yang baik adalah lebih penting. Bersihkan secara kerap untuk menghilangkan gris, kotoran dan noda. Selain itu, basmi kuman pada permukaan yang kerap disentuh menggunakan pembasmi kuman antibakteria seperti Disinfektan Antibakteria Dettol yang membersih dan membasmi kuman dengan kuat tanpa sisa kimia yang keras.
Kain pencuci bilik mandi dan span mandi boleh mengumpul kuman jika ia sentiasa lembap. Dekontaminasikan kain, flanel dan span guna semula secara kerap dengan mencucinya secara berasingan pada cucian panas (lebih daripada 60°C), atau dengan merendamnya dalam larutan Disinfektan Antibakteria Dettol .
Barangan kegunaan peribadi seperti berus gigi dan berus kuku boleh tercemar dan kemudian bertindak sebagai punca kuman. Simpan barang-barang ini di tempat yang kuman tidak boleh terpercik padanya dan selepas digunakan, bilas berkali-kali di bawah air yang mengalir dan keringkan dengan cepat.
Jangan lupa untuk mencuci tangan anda
Tangan anda adalah salah satu punca utama pencemaran dan jangkitan silang di rumah. Pastikan anda mencuci tangan dengan sabun dan air bersih selepas menggunakan tandas.
Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang cara untuk menghentikan penyebaran kuman di rumah anda, lawati halaman petua kami di sini.
Perlindungan daripada Kuman
Kegunaan harian
Ingin memastikan mesin basuh anda dalam keadaan baik? Berikut ini beberapa cara untuk memerangi pembentukan bakteria, bau, kerak kapur dan pelbagai lagi.
Menjaga kebersihan tangan ialah cara yang mudah untuk membantu mencegah penyebaran bakteria dan virus. Ketahui lebih lanjut tentang bila masanya anda perlu mencuci tangan dan cara melakukannya dengan paling berkesan.
Adakah pakaian saya bebas daripada bakteria? Adakah saya perlu mencuci dengan air panas? Mitos ini dan mitos dobi yang lain dibuktikan palsu
Mengelakkan kuman berbahaya mungkin mencabar apabila anda berada di luar rumah. Ketahui caranya dengan tip pelancongan kesihatan ini
Pembersihan rumah mungkin kelihatan seperti tugas yang sukar jika anda mempunyai bayi baharu, itulah sebabnya kami menyusun senarai semak ini untuk anda
Ketahui tips melancong yang betul dan kekal sihat serta dilindungi semasa bercuti
Kebersihan yang baik penting dikekalkan dengan mengikuti cara menjaga kesihatan diri. Bagaimana kita boleh menjadikan ia seronok dan mempraktikkan amalan sihat ini?
Bagaimana memastikan rumah anda dilindungi daripada risiko berpotensi semasa menjaga anak dan haiwan peliharaan
Membersihkan permukaan mungkin sudah menjadi sebahagian daripada rutin anda. Namun begitu, adakah anda tahu anda boleh melakukan lebih banyak lagi?
Berikut adalah petua utama kami bagi memastikan dapur dan tong sampah anda bersih dan dinyahkuman