Langkau ke kandungan utama
noneKeracunan Makanan – Cara anda membantu untuk mencegahnya

Keracunan Makanan – Cara anda membantu untuk mencegahnya

Berikut ialah beberapa cara untuk membantu anda mengurangkan risiko keracunan makanan di rumah

Keracunan makanan (penyakit bawaan makanan) berlaku apabila kita makan makanan – khususnya makanan mentah yang selalunya telah dicemari oleh bakteria atau virus seperti Norovirus, Campylobacter, Salmonela atau E. coli. Makanan mentah termasuk daging, ayam, telur, ikan dan makanan laut. Oleh kerana itu, kita perlu lebih berhati-hati semasa mengendalikan atau menyediakan makanan di dapur.

Ingat kepentingan langkah-langkah dalam kebersihan makanan: Pencemaran silang, pembersihan, masak dan penyejukan.

Petua Pencegahan

Berikut ialah langkah-langkah yang boleh anda ikuti dalam hal ehwal keselamatan makanan:

  1. Pembersihan
  • Amakan kebersihan tangan yang baik. Ingat untuk mencuci tangan dengan sabun antibakteria dan air secara kerap.
  • Bersihkan dan basmi kuman pada permukaan tempat menyediakan makanan: Selepas menyediakan makanan (terutamanya daging mentah, ikan atau telur), gunakan pembersih permukaan untuk mengelap mana-mana permukaan dapur yang telah anda gunakan.
  1. Masak makanan dengan sempurna
  • Masak daging dengan sempurna dan pastikan ia sedia untuk dimakan sebelum dihidangkan. Pastikan makanan yang dipanaskan semula panas secara menyeluruh dan elakkan daripada memanaskannya semula lebih daripada sekali [1]. Suhu makanan merupakan faktor penting kerana suhu yang salah boleh menyebabkan mikrob menghasilkan toksik dan menyebabkan jangkitan seperti S. aureus dan B. cereus.
  1. Sejukkan, tutup dan masukkan makanan yang telah dimasak ke dalam peti sejuk dalam masa satu jam
  • Bahagikan hidangan besar ke dalam bekas yang lebih kecil jika perlu untuk mempercepat penyejukan. Ikut garis panduan pembungkusan untuk menyejukkan makanan segar dan makan (atau buang) makanan dalam tempoh "tarikh luput".
  1. Elakkan Pencemaran Silang
  • Ingat untuk mencuci tangan anda sebelum menyediakan makanan dan terus cuci tangan selepas mengendalikan bahan mentah. Anda juga harus menyediakan daging mentah dan makanan sedia untuk dimakan secara berasingan - sentiasa gunakan peralatan dan papan landas yang berbeza.

Menjaga kebersihan rumah ialah langkah yang baik untuk mengurangkan peluang anda mendapat keracunan makanan. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang cara untuk memastikan seluruh rumah anda bersih, klik di sini. 

 

Rujukan:  

  1. https://www.nhs.uk/live-well/eat-well/how-to-store-food-and-leftovers/  

KAMI KEPAKARAN