Langkau ke kandungan utama
noneMemahami Coronavirus

Memahami Coronavirus

Ketahui lebih lanjut tentang virus COVID-19, gejala dan nasihat pakar tentang cara membantu mencegah penyebarannya

Apa itu Koronavirus

Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia[i], Koronavirus (CoV) ialah keluarga besar virus yang menyebabkan penyakit selsema biasa hingga penyakit yang lebih teruk seperti Sindrom Pernafasan Timur Tengah (MERS-CoV) dan Sindrom Pernafasan Akut Teruk (SARS-CoV)

Apakah itu Novel Koronavirus 2019 (COVID-19)

Novel Koronavirus 2019 (COVID-19) ialah sejenis koronavirus baharu yang pertama kali dikenal pasti semasa penyiasatan wabak yang berlaku di Wuhan, China.  Adalah penting untuk diberi perhatian bahawa betapa mudahnya virus merebak dari seorang kepada orang lain adalah berbeza-beza. Sesetengah virus sangat mudah merebak, manakala virus lain pula kurang. Penyelidikan sedang dijalankan untuk memahami kebolehjangkitan, keparahan dan ciri lain yang dikaitkan dengan COVID-19, tetapi terdapat petunjuk bahawa penyebaran daripada seorang kepada orang lain sedang berlaku[ii].

Adakah Dettol membunuh Koronavirus (Virus COVID-19)?

Susulan satu ujian makmal yang bebas, ujian terhadap produk Dettol khusus telah menunjukkan keberkesanan terhadap virus Covid-19 (SARS-CoV-2) jika digunakan mengikut arahan.

Ketahui Gejala Coronavirus

Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia [iii], COVID-19 memberi kesan kepada orang yang berlainan dengan cara yang berbeza. Kebanyakan orang yang dijangkiti akan mengalami penyakit ringan hingga sederhana dan pulih tanpa perlu dimasukkan ke hospital.

Gejala yang paling biasa didapati:

  • Demam.
  • Batuk kering.
  • Keletihan.

Gejala yang kurang didapati:

  • Sakit dan sengal.
  • Sakit tekak.
  • Cirit-birit.
  • Konjunktivitis.
  • Pening kepala.
  • Hiang deria rasa dan bau.
  • Ruam kulit atau pucat pada jari atau ibu jari.

Gejala serius.

  • Sukar bernafas atau sesak nafas.
  • Sakit atau tekanan di dada.
  • Tidak dapat bergerak atau bercakap.
none

Cara melindungi diri daripada Koronavirus

Cara terbaik untuk melindungi diri anda adalah dengan mengelakkan pendedahan kepada virus. WHO mengesyorkan[v] agar perkara berikut dilakukan:

  • Cuci tangan anda dengan kerap menggunakan sabun dan air atau bersihkan dengan sapuan tangan berasaskan alkohol.
  • Kekalkan jarak sekurang-kurangnya 1 meter antara anda dan orang yang batuk atau bersin.
  • Elakkan menyentuh muka anda.
  • Tutup mulut dan hidung anda apabila batuk atau bersin.
  • Duduk di rumah jika anda berasa kurang sihat.
  • Tahan diri anda daripada merokok atau aktiviti lain yang melemahkan paru-paru.
  • Amalkan penjarakan fizikal dengan mengelakkan perjalanan yang tidak perlu dan menjauhi kumpulan besar orang ramai.

 

References:

[i] https://www.who.int/health-topics/coronavirus

[ii] https://www.cdc.gov/coronavirus/2019-ncov/

[iii] https://www.who.int/health-topics/coronavirus#tab=tab_3

[iv] https://www.cdc.gov/coronavirus/about/ transmission.html

[v] https://www.cdc.gov/coronavirus/2019-ncov/about/prevention-treatment.html

KAMI KEPAKARAN