311 Staying Healthy During Pregnancy

Semasa hamil, sistem imun anda agak lemah dan anda mudah jatuh sakit, kerana itulah penting untuk anda menjaga diri. Berikut adalah panduan untuk mengelakkan penyakit ketika hamil dan juga tip-tip untuk menguruskan tanda-tanda mabuk hamil.

Apa yang akan saya hadapi dengan mabuk hamil?

Berasa mual dan muntah-muntah ketika peringkat awal kehamilan adalah tanda-tanda mabuk hamil yang biasa. Mabuk hamil adalah perkara biasa, malah ia boleh terjadi pada bila-bila masa, siang atau malam. Untuk membantu mengurangkan kesan-kesan ini:

Rehat: Kerap berehat semasa melakukan aktiviti kerana keletihan boleh memburukkan rasa mual.
Minum: Kerap minum air sepanjang hari untuk kekal hidrat tanpa berasa mual.
Makan: Makan sedikit makanan yang sihat dan tinggi karbohidrat serta rendah lemak
Hidang sejuk: Hidangan sejuk lebih baik daripada hidangan panas kerana ia tidak mengeluarkan bau.
Amalan kebersihan: Pastikan tangan anda dibasuh setiap kali berlaku mabuk hamil untuk mengelakkan tersebarnya kuman.

  • Simpan dan sediakan makanan mentah jauh daripada masakan yang telah dimasak atau sedia untuk dimakan.
  • Jauhkan haiwan peliharaan daripada kawasan penyediaan makanan atau tempat makan.

Pemakanan & kebersihan makanan ketika kehamilan

Dari peringkat pertama kehamilan anda, anda perlu berhati-hati dengan pemakanan dan kaedah penyediaan makanan. Kehamilan boleh menyebabkan anda lemah terhadap bakteria dan jangkitan tertentu yang mampu memberi kesan kepada kesihatan bayi yang bakal dilahirkan, jadi pemakanan dan kebersihan amatlah penting.

Untuk memastikan si manja anda mempunyai permulaan yang baik, pastikan anda mempunyai pemakanan yang sihat, seimbang dan elakkan yang berikut:

  • Produk tenusu dan keju yang lembut atau tidak dipasteurkan
  • Telur yang mentah atau separuh masak
  • Ham, salami dan daging yang kurang masak. Jika anda teringin, cubalah makan limpa, pate dan daging awet seperti parma yang tidak berisiko.
  • Makan tidak lebih daripada dua hidangan ikan berminyak dalam seminggu
  • Cuba untuk tidak mengambil lebih daripada 200mg kafein sehari (bersamaan dengan dua kole kopi segera

Untuk mengurangkan risiko bahaya terhadap anda dan bayi anda, pastikan anda berhati-hati ketika menyediakan makanan.

  • Kebersihan tangan

Basuh tangan dengan sabun dan air sebelum dan selepas menyediakan atau mengambil makanan. Jika tiada sabun and air, Dettol Hand Sanitizer akan membunuh 99.9% kuman

  • Makanan mentah 

Semasa menyediakan hidangan, uruskan makanan mentah dengan berhati-hati. Kuman mungkin ditemui di dalam daging, ikan dan telur mentah, malah ia boleh tersebar di atas permukaan dapur.

  • Memotong dan Memasak 

Bersihkan alat memasak dan papan memotong yang telah digunakan dengan sabun pencuci dan bilas dengan air panas. Lapkan permukaan dengan disinfektan dan kain pakai buang. Tidak salah menggunakan kain yang boleh diguna semula, tetapi pastikan ia dibersihkan dan dibasmi kuman dengan kerap.

  • Sisa makanan

Sentiasa gunakan alas tong sampah dan basmi tong sampah selepas ia dikosong. Sebagai amalan umum, pastikan tong sampah ditutup supaya tidak menarik lalat atau ulat.

Demam dan selesema ketika kehamilan
Mungkin tidak perlu dijelaskan lagi tentang demam dan selesema, kerana pasti anda pernah mengalami batuk-batuk dan sakit tekak ketika demam, malah kesakitan otot serta selesema. Amalan kebersihan yang baik membantu mengurangkan risiko virus demam atau selesema di tangan anda.

  • Basuh tangan dengan kerap menggunakan sabun dan air atau gunakan pembasmi kuman tangan 
  • Kerap bersihkan dan basmi permukaan, terutama sekali paip, pemegang pintu dan suis 
  • Elakkan bersentuhan dengan orang yang menghidapi demam atau selsema 
  • Tutup mulut dan hidung dengan menggunakan tisu ketika batuk dan bersin 
  • Buangkan tisu yang telah digunakan ke dalam tong sampah dan basuh tangan dengan segera selepas itu.