313 Pregnancy Tips And Changes

Kehamilan adalah anugerah yang indah. Sepanjang 40 minggu dalam kalendar kehamilan anda, tubuh anda mengalami perubahan yang ketara. Baca lebih lanjut untuk mengetahui apa yang bakal berlaku semasa tiga peringkat kehamilan (trimester), malah ketahui tip-tip untuk memastikan anda dan bayi anda sihat.
Jika anda tidak pasti sejauh mana peringkat kehamilan anda, muat turun Kiraan Kehamilan sekarang.

Trimester Pertama (minggu 1-12)

Banyak yang sedang berlaku di dalam tubuh anda sekarang. Setiap sudut tubuh anda mula mengalami erti sebenar kehamilan. Ini termasuklah:

  • Keletihan yang melampau 
  • Mabuk hamil 
  • Buah dada yang bengkak atau lembut 
  • Keinginan terhadap makanan 
  • Berubah perasaan 
  • Naik berat badan

Trimester Kedua (minggu 13-28)

Mungkin anda dapati trimester ini lebih mudah daripada yang pertama kerana mabuk hamil makin berkurangan walaupun perut anda pula semakin membesar. Tak lama kemudian, anda akan merasai bayi anda bergerak. Anda juga akan mengalami:

  • Sakit di bahagian belakang, perut dan kemaluan 
  • Tanda regangan
  • Tangan kebas atau menggigil 
  • Sedikit bengkak di bahagian buku lali, jari dan muka

Trimester Ketiga (minggu 29-40)

Kini perut anda pasti sebesar bola sepak. Anda akan berasa kurang selesa kerana bayi anda menekan organ anda. Anda juga akan kerap ke tandas, malah anda juga akan mengalami:

  • Rasa mengah 
  • Buku lali, jari dan muka yang lebih bengkak (Jika ia bertambah teruk, jumpalah pakar penjagaan perubatan anda dengan segera) 
  • Buah dada yang lembut dan mendorong pengeluaran susu terlebih awal 
  • Susah untuk tidur

Tip-tip termuka untuk mencegah penyakit ketika kehamilan

Jangan hiraukan perubahan badan anda – ini kerana ada si kecil yang sedang membesar di dalam. Gunakanlah tip-tip kehamilan berikut untuk membuat beberapa perubahan:

  • Masuk tidur awal dan tidur lebih lama (sementara boleh!) Makan makanan yang sihat 
  • Elakkan produk tenusu tidak dipasteurkan, keju berkulat, daging sejuk dan telur separuh masak yang mungkin membawa bakteria. Minta nasihat doktor untuk senarai penuh makanan yang perlu dielak. 
  • Ambil penambahan makanan seperti asid folik sehingga minggu ke-12 kehamilan anda untuk mencegah bayi daripada lahir dengan keadaan seperti spina bifida. 
  • Elakkan najis kucing kerana ia mengandungi organisma yang menyebabkan toxoplasmosis (jangkitan yang memberi kerosakan mata dan otak kepada bayi). 
  • Bersih dan basmi kuman kawasan-kawasan yang kerap disentuh di rumah dengan Dettol Surface Cleansing Trigger or Dettol Surface Cleansing Wipes yang membunuh 99.9% kuman. 
  • Kerap basuh tangan dengan sabun dan air

Walau di mana anda status anda di dalam kalendar kehamilan, berseronoklah kerana masa akan terbang begitu saja.