312 Preparing For Babys Arrival (1)

Sementara menunggu kelahiran bayi, banyak yang perlu anda rancangkan. Pasti yang menjadi keutamaan anda adalah nama bayi, membeli barang keperluan bayi dan mencari pusat jagaan atau nurseri. Memang menyeronokkan. Tetapi, bagaimana pula tentang melindungi si manja anda daripada kuman dan bakteria? Bacalah tip-tip penjagaan kebersihan rumah dan diri untuk memastikan anda selamat.

Kebersihan baik untuk nurseri yang bersih

Apabila membawa bayi pulang, daya tahannya masih belum berkembang. Amat penting untuk memastikan apa saja yang mereka sentuh bersih daripada kuman. Ini bermakna memastikan setiap permukaan dibersihkan (dengan sabun dan air) dan juga dibasmi (menggunakan tisu atau penyembur pembasmi kuman) untuk membunuh kuman dengan baik. Memilih keperluan bayi yang sesuai juga turut membantu.

  • Pastikan tikar menyalin bayi kalis air supaya ia boleh dibersih dan dibasmi daripada kuman dengan kerap.
  • Pilih permainan yang mudah untuk dibersihkan dan mempunyai tanda European Community ‘CE’ 
  • Sentiasa bersedia dengan Tisu Antibakteria Dettol untuk membersihkan permukaan yang dicemari. 
  • Pilih katil bayi yang mematuhi ciri-ciri keselamatan dan mudah untuk dibersihkan sekiranya bayi anda sakit

Persediaan ke hospital

Senarai kehamilan akan membantu anda menguruskan segalanya, dari mula anda bersedia ke hospital sehinggalah ke waktu bersalin. Tidak kiralah anda memilih untuk bersalin di rumah atau di hospital, berikut adalah perkara yang perlu anda sediakan.
Untuk diri anda:

  • Rancangan bersalin anda 
  • Pakaian gaun, selipar, pakaian tidur lama untuk bersalin dan pakaian tidur selepas bersalin 
  • Pakaian dalam 
  • Alat-alat membersihkan diri 
  • Pembersih tangan 
  • Pad buah dada dan ibu bersalin 
  • Tisu antibakteria 


Untuk bayi:

  • Lampin 
  • Kain kapas 
  • Selimut bayi 
  • Pakaian untuk dipakai di hospital dan apabila pulang ke rumah

Bersedia untuk bersalin

Semasa bersalin, anda dan si manja anda terdedah kepada kuman dan bakteria. Kebersihan yang baik adalah penting untuk kesihatan kedua-dua anda dan si manja anda.

Untuk bersalin di hospital:

  • Pastikan ada unit pembersih tangan di katil anda, dan sesiapa yang melihat bayi anda menggunakannya
  • Pastikan pengunjung menggunakan pembersih tangan semasa mereka tiba dan sebelum mereka pergi 
  • Pastikan tisu antibakteria ada untuk membersih permukaan kotor

Untuk bersalin di rumah:

  • Pastikan anda mempunyai sabun cecair, tuala kering yang bersih dan besen bersih untuk kegunaan bidan 
  • Pilih bilik yang hangat, bersih dan mempunyai banyak kain, serta alas kalis air untuk melindungi perabot anda.

Dengan kebersihan yang baik sebagai salah satu keperluan bayi anda, pasti anda dan si manja anda mempunyai permulaan yang sihat.