321 Bringing Baby Home

Membawa bayi anda pulang memang detik yang indah. Ia juga detik yang membimbangkan buat ibu bapa kerana anda tanggungjawab yang bakal dipikul untuk menjaga si manja anda bersendirian.
Kerana masih baru di dunia ini, maka sistem daya tahannya masih belum berkembang sepenuhnya. Sehinggalah mereka mula menerima imunisasi, mereka perlukan segala bantuan yang diperlukan untuk menentang kuman dan penyakit. Berikut adalah tip-tip kebersihan ringkas yang boleh memberikan permulaan sihat yang mereka perlukan.

Basuh tangan anda

Kuman akan berada di seluruh rumah dan tangan anda. Bunyinya mudah, tetapi membasuh tangan dengan sabun dan air adalah kaedah terbaik untuk mencegah penyebaran kuman dan bakteria. Jika tiada sabun dan air, Dettol Hand Sanitiser akan membunuh 99.9% kuman. Anda patut membasuh tangan:

  • Sebelum menyusukan atau menyediakan susu 
  • Sebelum dan selepas menyediakan makanan 
  • Selepas menukar lampin atau ke tandas 
  • Selepas membersih atau menyentuh sesuatu yang kotor (najis, air kencing, muntah, air liur) 
  • Setiap kali tangan anda kelihatan kotor

Bersihkan permukaan sebelum dan selepas digunakan

Sebagai ibu baru, anda pasti sibuk. Namun, amalan kebersihan yang baik di rumah perlu disemai untuk membantu melindungi seisi keluarga daripada kuman merbahaya. Permukaan yang kerap anda sentuh perlu dibersih dan dibasmi daripada kuman. Ia termasuklah:

  • Permukaan dapur sebelum dan selepas menyediakan makanan 
  • Tikar persalinan bayi dan bekas lampin 
  • Pemegang pintu di sekeliling rumah 
  • Pili air, pemegang kumbahan, tandas 
  • Suis lampu dan penutup tong sampah

Sebaik saja si manja anda pandai menggunakan kerusi (ya, tak lama lagi mulalah mereka memanjat ke tempat tinggi), kebersihannya haruslah dijaga. Dettol Antibacterial Cleansing Wipes akan membunuh 99.9% bakteria dan virus yang hadir.

Mencegah jangkitan daripada pengunjung

Sebaik saja anda pulang ke rumah, pasti rakan-rakan dan ahli keluarga lain akan beratur panjang untuk menyambut bayi anda. Usah bimbang untuk meminta mereka membasuh tangan sebelum dan selepas memegang bayi anda, dan pesan saja kepada sesiapa yang sakit untuk berkunjung selepas mereka sihat.

Imunisasi untuk bayi anda

Imunisasi atau vaksin adalah kaedah yang cepat, selamat dan berkesan untuk membantu melindungi si manja anda daripada penyakit berjangkit seperti tetanus, diphtheria, batuk dan polio. Selepas diberikan vaksin, tubuh si manja anda mampu menentang penyakit dengan lebih baik.

Usia yang disyorkan untuk bayi mengambil vaksin adalah dua bulan. Hubungi doktor anda untuk merancang jadual vaksin agar si manja anda mendapat vaksinnya pada masa yang tepat.