324 Breast And Bottle Feeding

Tidak kira anda pilih untuk menyusukan badan atau susu formula, kebersian yang baik haruslah menjadi keutamaan. Tidak kira betapa mendesaknya si manja anda untuk menyusu, kebersihan adalah kunci untuk melindunginya daripada penyakit. Bacalah tip-tip kami tentang penyusuan badan dan botol yang sihat.

Adakah penyusuan badan terbaik?

Penyusuan badan atau laktasi memberikan makanan semula jadi terbaik untuk anak anda. Ia mengandungi nutrien dan antibodi yang diperlukan oleh bayi anda untuk membantu mereka membesar, menentang penyakit dan jangkitan pada peringkat awal usia mereka, sedang sistem imunisasi mereka berkembang. Mengamalkan kebersihan yang baik sebelum setiap penyusuan akan memastikan kebaikan susu ibu dinikmati oleh si manja adan tanpa sebarang kuman yang merbahaya.

Apa yang boleh saya makan semasa menyusukan bayi?

Semasa tempoh menyusu, anda bagaikan mengambil makanan untuk dua orang. Jika anda makan sedikit, anda tidak akan dapat menghasilkan susu, maka bayi anda akan kelaparan. Secara umumnya, anda tidak perlu makan apa-apa yang istimewa ketika menyusukan bayi, cuma pastikan ia makanan yang sihat. Ia termasuklah:

  • Makanan berkanji (roti dan nasi). Ambil pilihan penuh serat. 
  • Buah dan sayur-sayuran 
  • Makan sedikit protein seperti daging kenyal, telur atau kekacang. Ambil sekurang-kurangnya dua hidangan ikan dalam seminggu, termasuklah ikan yang berminyak seperti salmon. 
  • Sertakan makanan tenusu rendah lemak seperti yogurt atau segelas susu. 
  • Pastikan diet anda mengandungi kalsium dan zat besi secukupnya. Jika boleh, ambil makanan dan lemah tidak tepu yang mengandungi vitamin B9 (asid folik).

Apa yang patut saya elakkan?

Untuk memberikan bayi anda permulaan yang sihat, elakkan perkara-perkara berikut:

  • Alkohol memasuki susu dalam masa sejam. Jika anda ingin menikmati segelas wain, pastikan anda menikmatinya selepas menyusukan bayi. 
  • Nikotin terus memasuki susu badan ke dalam bayi anda. Lebih baik berhenti merokok ketika menyusukan badan, tetapi jika tidak boleh, biarkan selama sejam selepas merokok sebelum memberi susu 
  • Antibiotik, produk dan julap bahan kimia mengandungi iodin. Jika anda tidak pasti, sila semak dengan Pakar Penjagaan Kesihatan anda

Bagaimana saya boleh meningkatkan kebersihan semasa menyusukan bayi?

Kebersihan yang baik semasa menyusu amat penting bagi mengelakkan jangkitan dan bengkak kepada puting anda. Ia juga penting untuk membantu melindungi bayi anda daripada penyakit dan cirit-birit. Tip-tip ini boleh membantu.

  • Sentiasa basuh tangan anda menggunakan Dettol Hand Wash sebelum menyusukan bayi anda 
  • Pastikan puting anda bersih dengan cara yang biasa semasa anda mandi 
  • Jika anda menggunakan pelindung puting, tukar sebaik sahaja ia basah atau lembap 
  • Biarkan puting anda berangin sekerap yang mungkin 
  • Jika terdapat susu berlebihan, pastikan anda bersihkan dan mensteril pam susu dan botol serta selepas menggunakannya

Tip-tip untuk penyusuan botol dan kebersihan botol bayi

Tidak kiralah anda mengepam susu atau membancuh susu formula, terdapat beberapa perkara penting yang perlu diingati untuk membantu melindungi bayi daripada penyakit dan cirit-birit:

  • Kerap membasuh tangan menggunakan Dettol Hand Wash sebelum memberi susu botol atau menyediakannya 
  • Puting dan botol bayi boleh mengumpul bakteria merbahaya. Pastikan ia dibasuh dengan air sabun dan berus botol sebelum disteril 
  • Didihkan air dan biarkan sejuk tidak lebih daripada 30 minit sebelum menambahkan susu 
  • Susu yang dipam dan susu formula boleh disimpan di dalam botol steril dan diletakkan di dalam peti sejuk sehingga 24 jam, selepas masa itu ia haruslah dibuang  

Bayi anda pasti ingin meminum susu tidak kira siang atau malam, jadi bersedialah dengan susu badan atau susu botol pada sepanjang masa.