323 Bathing

Tidak kiralah anda memandikannya menggunakan span atau besen, waktu mandi adalah penting untuk kesihatan dan kebersihan si manja anda. Malah, ia juga menyeronokkan.

Sedia untuk waktu mandi?

Ketika mandi, bayi memang kurang senang. Jadikannya satu rutin dan anda akan biasakan diri. Pastikan bilik mandi dalam suhu yang selesa kerana bayi kehilangan haba dengan cepat dan pastikan anda mempunyai segala yang anda perlukan.

Memandikan bayi dengan span

Anda pasti ingin menggunakan span ketika memandikan bayi sehinggalah tali pusatnya sembuh. Biasanya ia mengambil masa selama 10 hari, tetapi tali pusat mungkin kekal sehingga lapan minggu.

Basuh tubuh bayi anda dengan membungkuskannya dalam tuala untuk memastikan mereka hangat dan membersih kawasan yang tidak boleh dibersihkan dengan span. Gunakan sabun mandian bayi yang sederhana dan lembut pada kulit serta tidak memedihkan mata.

  • Lap seluruh muka bayi anda, perhatikan juga lipatan di belakang telinga dan leher 
  • Lap matanya dengan lembut dari bahagian dalam ke luar, gunakan kapas yang bersih untuk setiap matanya 
  • Lap setiap lubang hidungnya dengan berhati-hati menggunakan putik kapas lembap 
  • Bersihkan bahagian kemaluan dengan mengelap dari depan ke belakang untuk mengelakkan penyebaran bakteria dari punggung bayi

 

Penjagaan tali pusat

Perhatikan tali pusat bayi anda. Sehingga ia sembuh dan tertanggal, pastikan ia bersih dengan sabun dan air, tepuk untuk keringkannya, kemudian lipat lampin bayi anda di bawah tali pusat untuk membantu ia kering

Beralih kepada tab mandian atau baldi mandian

Anda boleh mandikan bayi anda dengan menggunakan tab atau baldi apabila bayi anda berusia 2-8 minggu

  • Gunakan air setinggi beberapa inci 
  • Uji suhu air dengan siku supaya ia tidak terlalu panas atau sejuk 
  • Sokong kepala, leher dan bahu bayi anda dengan satu tangan sehingga bayi anda boleh duduk dengan tegak 
  • Selepas mandi, bersihkan tab dan basmi kuman menggunakan Dettol Antiseptic Liquid untuk menanggalkan kuman.

Mandi selang beberapa hari adalah baik untuk kesihatan dan kebersihan bayi anda. Ia pasti menggembirakan bayi anda.