322

Untuk membantu mencegah ruam lampin (atau darang lampin pakai buang) dan hentikan penyebaran kuman semasa menyalin lampin, kebersihan adalah perkara yang amat penting. Tetapi, lampin apa yang perlu anda gunakan? Dan apakah risiko kesihatan yang perlu diperhatikan? Ikuti panduan asas menyalin lampin bayi yang kami sediakan.

Apakah lampin yang terbaik untuk bayi saya dan bahan lain yang saya perlukan?

Terdapat dua jenis lampin: pakai buang dan diguna semula. Kajian terkini menunjukkan tiada satu pun di antara kedua-duanya yang memberi kesan baik atau buruk kepada alam sekitar. Jadi, yang mana satu perlu anda gunakan?

Lampin pakai buang
Lampin pakai buang sangat menyerap, ia memastikan kulit bayi anda kering dan membantu mencegah ruam lampin. Ia juga memudahkan. Sebaik saja telah digunakan, anda cuma perlu gulung, tempatkan di dalam bekas dan buangkannya.

Lampin guna semula
Lampin guna semula kurang menyerap air, tetapi menjimatkan. Ia boleh digunakan berulang kali. Untuk mengelakkan ruam lampin, anda hanya perlu kerap menukarnya.

Alas menyalin
Alas menyalin adalah tempat yang selesa dan bebas kuman untuk menyalin lampin bayi anda. Pilih alas yang boleh dibasuh dan pastikan ia tidak pecah untuk mengelakkan bakteria merbahaya berkumpul.

Tip menyalin bayi

  • Buka lampin yang kotor, pegang buku lali bayi ke atas dan tanggalkan lampin, letakkannya jauh daripada bayi
  • Gunakan bebola kapas, atau tisu bayi untuk membersihkan bayi anda dari depan ke belakang (membersih dari belakang ke depan boleh menyebarkan bakteria dan menyebabkan jangkitan urinari).
  • Untuk bayi lelaki, adalah baik jika anda tempatkan lampin kering di atas kemaluan ketika menyalin kerana apabila terdedah kepada udara, ia boleh menyebabkan bayi itu kencing. Sesudah membersih, halakan kemaluan bayi ke bawah untuk mengelak kebocoran di bahagian pinggang.
  • Lipat bahagian pinggang lampin di bawah tali pusat
  • Bersihkan dan basmi kuman alas bersalin dan permukaannya setiap kali digunakan dengan pembersih antibakteria seperti Dettol Surface Cleanser Spray atau Dettol Antiseptic Liquid
  • Sentiasa basuh tangan anda selepas menukar lampin bayi untuk mengelakkan penyebaran kuman
  • Letakkan lampin pakai buang ke dalam beg plastik atau beg lampin dan terus buangkan ke dalam tong sampah di luar rumah
  • Basuh lampin guna semula secara berasingan dengan pakaian biasa. Tanggalkan sebarang bahan keras daripada lampin dengan menggunakan tisu dan buangkan ke dalam tandas. Kemudian, basuh lampin mengikut kitaran prabasuhan menggunakan air panas (tidak lebih daripada 60°C). Jika tidak, campurkan basuhan panas dengan Dettol Laundry Cleanser / Dettol Antiseptic Liquid untuk membunuh sebarang bakteria

Ruam lampin

Menukar lampin adalah perkara penting dalam tugas ibu. Jika lampin bayi anda kerap basah, kerap ditukar, atau bayi anda mengalami cirit birit atau tindak balas disebabkan sabun pencuci pakaian tertentu, ia mungkin menyebabkan ruam lampin – kulit meradang yang muncul di bahagian punggung bayi anda. Untuk merawat isu ruam lampin di rumah:

  • Tukar lampin dengan kerap dan gunakan saiz yang lebih besar untuk mengelakkan kesan melecet dan mempercepatkan sembuhan
  • Basuh punggung bayi dengan air setiap kali menyalin lampin, elakkan menggunakan sabun
  • Tepuk-tepuk bayi anda sehingga kering menggunakan tuala lembut – jangan gosok
  • Sapukan krim ruam lampin atau krim salap yang disarankan oleh Pakar Penjagaan Kesihatan anda
  • Biarkan bayi anda tanpa lampin untuk sementara waktu agar punggungnya berangin.

Setelah sembuh, gunakan krim salap sebagai pelembap untuk mencegah ruam lampin. Gunakan sedikit sahaja agar tidak menjadikan lampin padat.