332 Toddlers Guiide To Handwashing

Membasuh tangan adalah ringkas tetapi ia kaedah paling berkesan untuk membantu anda dan si manja anda kekal sihat. Menyemai amalan membasuh tangan dengan sihat sejak kecil lagi merupakan kunci yang bukan sahaja membantu si manja anda, malah memastikan seisi keluarga anda sihat dengan menghalang penyebaran kuman yang merbahaya dan penyebab penyakit.

Those precious hands can get into all sorts of germy messes on a daily basis.  They’re exploring and finding out about the world, but the germs they pick up could make your little one, or other members of your family ill.  Fortunately regular hand washing can remove these germs meaning they don’t need to limit their fun, helping to keep them healthy.

Semasa mengajar kanak-kanak, terutama sekali kanak-kanak kecil tentang membasuh tangan, adalah penting untuk menjadikannya pengalaman yang menyeronokkan dan memberi ganjaran kepada mereka setelah mereka berjaya.

Setiap individu pasti gembira setelah melakukan sesuatu dengan baik, begitu juga dengan kanak-kanak. Berikan mereka pujian dan galakan. Pada mulanya pasti sukar, tetapi ia kaedah yang baik untuk membantu mereka mengulangi langkah ringkas tetapi berkuasa untuk kekal sihat. Mungkin anda boleh menggunakan carta pelekat untuk mengetahui bila mereka membasuh tangan, sebaik sahaja mereka berjaya mengumpul sejumlah pelekat, anda boleh berikan mereka ganjaran untuk teruskan amalan ini.

Kanak-kanak memang kerap memerhati dan akan mengikut jika anda tidak membasuh tangan anda. Jadi, tunjukkan contoh yang baik dan sentiasa basuhkan tangan apabila perlu. Jika anda sentiasa bersama si manja, beritahu mereka sebabnya dan tunjukkan apa yang anda lakukan. Kanak-kanak memang kerap mengulangi apa yang kita cakapkan, jadi bantulah mereka untuk mengikut teladan membasuh tangan anda.

Pada mulanya, mungkin anda akan berasa sedikit malu tetapi ia penting untuk menyemai amalan membasuh tangan seawal yang mungkin untuk memastikan si manja dan keluarga anda sentiasa sihat.

Membasuh tangan bukan sekadar menggosok dengan sabun jika anda ingin memastikan tangan anda sentiasa sihat dan bebas daripada kuman penyebab penyakit, jadi, berikut adalah panduan untuk kanak-kanak mendapatkan tangan yang sihat.

Bila si manja anda perlu membasuh tangan mereka?

Tiga perkara penting untuk mereka membasuh tangan dengan betul;

  • Sebelum makan 
  • Setiap kali selepas menggunakan tandas 
  • Sebelum melibatkan diri dalam penyediaan makanan

Walaupun si manja anda tidak mempunyai cita-cita untuk menjadi tukang masak, namun anda di dapur bersamanya untuk menyediakan makanan, tunjukkan kepadanya yang anda turut membersihkan tangan.

Kebiasaannya, jika mereka menyentuh kotoran berkuman, jika mereka menyentuh luka atau kesan melecet, malah bermain diluar, adalah baik untuk mereka mengamalkan sikap membasuh tangan kerana jari-jari kecil mereka kerap mencapai tempat-tempat yang anda tegah!

Membasuh tangan, 9 langkah untuk tangan yang sihat

Tahukah anda, untuk membasuh tangan dengan teliti, anda perlukan masa sekurang-kurangnya 40 saat sehingga seminit untuk ia bersi dengan betul? Ajarlah si manja anda untuk melakukannya dengan betul. Jadikannya pengalaman menyeronokkan, menyanyikan lagu hari jadi sebanyak dua kali bersamaan dengan masa yang diperlukan untuk membasuh tangan, jadi nyanyilah bersamanya! Tunjukkan bentuk dengan tangan anda dan biar mereka mencubanya. Anda juga boleh meminta si manja anda menunjukkan cara membasuh tangan. Mungkin si manja anda perlu diingatkan, namun kadangkala cukup mengagumkan apabila mereka pula yang mengingatkan anda untuk membasuh tangan!

Basuhan tangan yang menggembirakan

  1. Basahkan tangan dengan air yang bersih dan hangat 
  2. Sapukan sedikit sabun
  3. Gosokkan kedua-dua tapak tangan anda, (jauh dari air) 
  4. Gosokkan jari dan ibu jari anda di kawasan celah jari 
  5. Gosokkan kuku anda di atas tapak tangan 
  6. Gosok bahagian belakang tangan 
  7. Bilas dengan air bersih 
  8. Keringkan dengan tuala bersih atau tisu
  9. Puji si manja anda jika dia berjaya melakukannya dengan betul. Ingat, jika tindakan mereka diberikan ganjaran, pasti mereka akan mengulanginya.

Walaupun kadangkala ia tidak semudah yang disangka, malah usaha anda tidak mengikut rancangan, ingatlah bahawa anda sedang mengajar si manja anda amalan yang penting dalam hidupnya dan ia akan membantu mereka kekal sihat pada sepanjang hayat mereka.

Sayangnya, pada setiap tahun, ribuan orang, kebanyakannya kanak-kanak dan kumpulan lain yang terdedah di negara-negara membangun, mati akibat penyakit yang boleh dicegah semudah membasuh tangan, jadi ajarlah anak anda langkah kesihatan ini. Ia pasti boleh membawa perbezaan besar yang mengejutkan anda.