331 Teething

Pertumbuhan gigi adalah detik yang mendebarkan untuk anda dan si manja anda. Ia mungkin menyebabkan bayi anda tidur tidak lena! Sekitar enam bulan, gigi kecil mereka mula tumbuh apabila gigi susu mula muncul daripada gusi. Makin banyak yang akan tumbuh, jadi anda perlu mengenal pasti tanda-tanda pertumbuhan gigi dan juga masalah pertumbuhan gigi. Anda juga perlu membersihkan dan mensterilkan apa-apa saja yang digigit oleh si manja anda untuk mengurangkan risiko kuman merbahaya.

Tanda-tanda pertumbuhan gigi untuk si manja anda termasuklah:

  • Gusi bengkak atau kemerah-merahan di sekitar gigi 
  • Pipi yang kembung 
  • Air liur meleleh, menggigit dan mengunyah dengan kerap 
  • Kelihatan tidak tentu hala dan kenaikan suhu

Apakah peringkat-peringkat pertumbuhan gigi?

Biasanya kesemua gigi susu bayi akan tumbuh menjelang 30 bulan. Tetapi, apa yang akan muncul dahulu? 

  • Gigi acip depan sebelah bawah – sekitar lima hingga tujuh bulan 
  • Gigi acip depan sebelah atas – enam hingga lapan bulan 
  • Gigi acip sisi gigi depan sebelah atas – sembilan hingga 11 bulan 
  • Gigi acip sisi gigi depan sebalah bawah – 10 – 12 bulan 
  • Geraham (gigi belakang) – 12-16 bulan
  • Gigi taring (ke bahagian belakang mulut) – 16 – 20 bulan 
  • Gigi taring ke dua – 20-30 bulan

Tip-tip untuk masalah pertumbuhan gigi

Sesetengah gigi bayi anda akan muncul bagaikan magik. Ada pula yang mengambil masa lebih lama dan menyebabkan kesakitan. Sewaktu pertumbuhan gigi, bayi akan kerap mengunyah apa saja yang mereka capai. Oleh itu, kebersihan amat penting. Apa saja yang berjaya memasuki mulut si manja anda patut dibersihkan dan disterilkan untuk menghalang dicemari kuman.

Terdapat juga cara lain untuk memberi senyuman pada wajah si manja anda:

 

  • Berikan si manja anda gelang mengunyah. Ada yang boleh disejukkan di dalam peti sejuk agar gusi bayi anda lebih selesa. Sentiasa bersihkan dan sterilkan seperti botol susu dan puting. 
  • Gosokkan gel pertumbuhan gigi bebas gula kepada gusi mereka 
  • Berikan sesuatu yang sihat untuk dikunyah, seperti buah atau sayur-sayuran 
  • Berikan mereka minuman sejuk yang bebas gula, atau air kosong. 
  • Pada usia ini, si manja anda akan meletakkan apa saja ke dalam mulut mereka. Jadi, pastikan anda kerap membasuh tangan mereka dengan sabun yang sesuai dengan kulit bayi.

Kami sarankan anda meminta nasihat pakar perubatan atau ahli farmasi sebelum memberikan bayi anda ubat atau gel pertumbuhan gigi.

Bagaimana untuk menjaga gigi pertama anak saya?

Anda patut mendaftarkan si manja anda dengan doktor gigi sebaik sahaja gigi mereka muncul. Mula membersihkan gigi mereka dua kali sehari untuk memastikan gigi dan gusi mereka sihat. Beginilah caranya:

 

  • Sentiasa basuh tangan anda sebelum membersihkan gigi bayi anda 
  • Dudukkan bayi anda dan pegang pipinya dengan lembut menggunakan satu tangan 
  • Gunakan berus gigi kecil yang lembut atau kain pembalut lembut yang dililit dengan jari anda 
  • Gunakan sedikit ubat gigi bebas gula bayi (dengan florida) dan berus dengan lembut 
  • Memberus gigi dalam bulatan kecil meliputi semua permukaan dan pastikan si manja anda meludah keluar ubat gigi itu. Membilas dengan air dilihat dapat mengurangkan kesan florida.