336 Healthy Start To Day Care

Satu perkara yang akan anda perasan apabila si manja anda memulakan, atau kembali ke sekolah, nurseri atau pusat jagaan ialah mereka kerap kelihatan lemah.

Tapi usah bimbang. Kembali ke sekolah adalah detik yang menyeronokkan untuk si manja anda kerana mereka mempelajari perkara baru dan mengenali rakan baru. Namun, kuman dan bakteria penyebab penyakit boleh disebarkan dengan mudah dalam persekitaran ini – jadi si manja anda pasti akan dijangkiti kuman sedang sistem imunisasi mereka mula menentang kuman tersebut.

Vaksin (atau imunisasi) mencegah si manja anda daripada dijangkiti penyakit mudah dijangkit. Sebaik saja si manja anda telah diberikan vaksin untuk penyakit tertentu, tubuh mereka akan menentang penyakit itu dengan lebih berkesan. Berbincanglah dengan Pakar Penjagaan Kesihatan anda untuk memastikan si manja anda menerima vaksin yang disyorkan.

Membasuh tangan

Bunyinya ringkas, tetapi membasuh tangan dengan sabun dan air adalah kaedah terbaik untuk mencegah penyebaran kuman dan bakteria. Ajarlah si manja anda membasuh tangan mereka:

  • Sebelum makan 
  • Selepas ke tandas 
  • Selepas bermain dengan haiwan peliharaan atau haiwan 
  • Selepas batuk, bersin atau menghembuskan hidung 
  • Selepas menyentuh benda-benda kotor (mengunyah pensel, tisu yang telah digunakan, dan lain lain) 
  • Apabila mereka kelihatan kotor

Semasa anak anda mula bersekolah, ke nurseri atau pusat jagaan untuk kali pertama, pantau kawasan tersebut dan tunjukkan kepada anak anda di mana mereka boleh membersihkan tangan.

Menggunakan tisu

Kuman boleh tersebar melalui udara semasa kita batuk atau bersin. Galakkan si manja anda untuk menggunakan tisu sekiranya mereka batuk, bersin atau selesema, buangkan selepas digunakan dan basuhkan tangan dengan teliti menggunakan sabun antibakteria.

Jika tiada tisu, daripada batuk ke tapak tangan, galakkan mereka untuk batuk atau bersin ke siku atau bahagian lengan untuk mengelakkan penyebaran bakteria.

Jauhkan mereka dari sekolah apabila perlu

Jika anda terlalu lemah untuk mengambil bahagian di dalam aktiviti berkumpulan atau terdapat jangkitan yang menyebabkan mereka dikecualikan (cth: cacar air), mereka perlu dijauhkan dari sekolah. Adalah lebih baik untuk mengasingkannya. Ini akan menghalang penyebaran kuman dan bakteria daripada disebarkan kepada kanak-kanak lain, malah memberi si manja anda peluang untuk sembuh.
Minta nasihat daripada sekolah, nurseri atau pusat jagaan anak anda untuk tempoh pengecualian.

Pertolongan cemas di rumah

Sedang si manja anda membesar dan mula meneroka dunia, mereka pasti akan mendapat kesan luka dan melecet. Simpankan kotak pertolongan cemas di rumah untuk kecederaan kecil dan ia patut mengandungi:

  • Plaster dan pembalut luka yang disterilkan 
  • Sarung tangan getah (atau serupa) 
  • Cecair Antiseptik Dettol 
  • Krim Antiseptik Dettol 
  • Pin keselamatan dan gunting 
  • Pita hypoallergenic dan kain kasa

Rawat setiap kecederaan secepat mungkin.

Basuh tangan anda dengan Dettol Antibacterial Hand Wash dan bersihkan kawasan kecederaan dengan berhati-hati menggunakan Cecair Antiseptik Dettol yang dicampur air. Setelah kering, balut dengan kain pembalut disteril atau plaster dan basuh tangan anda sekali lagi.

Jika luka si manja anda kelihatan serius, jangan cuba merawatnya sendiri. Hubungi 999 dan minta nasihat pakar perubatan atau kunjungi pusat rawatan kemalangan dan kecemasan.