335 Safe Play

Bayi dan kanak-kanak mempunyai naluri seorang peneroka. Mereka menggunakan semua deria (terutama sekali sentuhan dan rasa) untuk meneroka persekitaran mereka. Ikuti langkah keselamatan dan kebersihan kami untuk memastikan si manja anda selamat daripada penyakit atau kecederaan ketika mereka meneroka dan bermain di rumah anda.

Adakah rumah anda selamat untuk bayi?

Untuk menjadikan rumah anda sesuai untuk bayi, lihat setiap bilik sepertimana anak anda akan melihatnya, dari lantai ke ataas. Berikut adalah senarai ringkas:

  • Pastikan almari buku, rak dan laci dirapatkan ke dinding 
  • Tutup dan selindung sebarang punca kuasa elektrik yang terdedah 
  • Pastikan kabel elektrik dijauhkan daripada mereka dan simpankan peralatan yang tidak digunakan 
  • selindungkan bucu perabot yang tajam dengan bahan lembut seperti busa 
  • Pasangkan penggera asap di dalam setiap bilik dan periksa setiap bilik dengan kerap 
  • Simpankan kit pertolongan cemas dan pastikan ia mudah ditemui oleh orang dewasa 
  • Pastikan tingkap dan bidai jauh daripada capaian mereka 
  • Simpankan bahan kimia dan ubat-ubatan di dalam almari berkunci 
  • Bersihkan sebarang kotoran dan basmi kuman kawasan tersebut jika perlu 
  • Programkan nombor kecemasan di dalam telefon anda dan pastikan ia mudah dilihat oleh sesiapa saja

Pastikan lantai selamat

Memastikan permukaan meja dan ruang bekerja bersih telah menjadi kebiasaan. Tetapi, kita kerap kali lupa ‘ruang bekerja’ si manja anda adalah lantai. Tanpa kebersihan yang betul, kuman dan bakteria merbahaya boleh dibawa melalui kasut pengunjung dan tersebar dengan mudah ke seluruh bilik.  

Bersihkan dan basmi lantai rumah dengan kerap untuk menyediakan tempat yang sihat buat si manja anda bermain. Cubalah Dettol Multi Action Cleaner untuk membunuh 99.9% bakteria dan bersihkan sebarang kesan kotoran di atas lantai.

Keselamatan dan kebersihan haiwan peliharaan

Haiwan peliharaan adalah sesuatu yang dihargai seisi keluarga, malah ia baik untuk mendidik anak anda. Dengan beberapa amalan ringkas di rumah, anda boleh mengurangkan peluang bakteria disebarkan dari haiwan peliharaan kepada anak anda.

  • Basuh tangan anda selepas menguruskan haiwan peliharaan atau aksesori mereka (mangkuk makanan, bekas najis) 
  • Jangan galakkan anak anda mencium haiwan peliharaan 
  • Jangan benarkan haiwan peliharaan anda menjilat muka anak anda 
  • Jauhkan haiwan peliharaan daripada kawasan penyediaan makanan dan kawasan makanan 
  • Bersihkan dan basmi kuman aksesori haiwan anda dengan kerap 
  • Pastikan makanan haiwan peliharaan anda dijauhkan daripada anak anda