333 Potty Training Hygeine

Ketahui cara mengenal pasti tanda-tanda yang menunjukkan si manja anda sudah bersedia untuk menggunakan tandas dan menjalankan latihan menggunakannya. Malah, ketahui bagaimana amalan semudah membasih tangan dan membersih serta membasmi kuman permukaan ketika latihan menggunakan tandas membantu memastikan anda dan si manja anda bebas daripada kuman dan bakteria. 

Bersedia untuk latihan menggunakan tandas?

Mungkin anda bersedia, tetapi bagaimana dengan si manja anda? Semua kanak-kanak berbeza dan ada yang bersedia secara emosi dan fizikal berbanding yang lain. Sebenarnya, tidak kira bila si manja anda bersedia, ia bukanlah sesuatu yang perlu ditekankan jika mereka lambat berbanding kanak-kanak lain.

Berikut adalah tanda-tanda yang perlu diperhatikan untuk membantu anda mengenal pasti adalah si manja anda telah bersedia:

  • Mereka bertanyakan tentang kanak-kanak lain yang ke tandas 
  • Mereka mempunyai minat apa yang anda lakukan di dalam tandas 
  • Mereka bercakap tentang rasa ingin buang air kecil atau besar 
  • Mereka mula mencangkung dan melucutkan seluar

Jika si manja anda sedia untuk beralih daripada lampin kepada tandas, terus lakukannya. Ia bukanlah menakutkan atau menyusahkan seperti yang difikirkan ramai, tapi anda perlu berikan perhatian yang lebih terhadap kebersihan untuk memastikan persekitaran yang sihat dan selamat untuk keluarga anda bagi mengelakkan penyebaran kuman dan bakteria. Maka, anda perlu memastikan tandas, pili air, pemegang kumbahan, tempat duduk dan kawasan sekitar tandas perlu dibersihkan dan dibasmi kuman.

Tip-tip latihan menggunakan tandas

Kadangkala, anak anda begitu senang membuang air kecil dan besar di dalam lampin mereka sambil bermain dan menonton TV. Mereka tidak mahu kesenangan ini terhenti apabila latihan menggunakan tandas bermula, jadi proses ini haruslah menarik dari awal lagi.

Biarkan anak anda memilih warna bekas tandas mereka – lagipun ia untuk mereka!

  • Hiaskan bekas tandas mereka supaya ia kelihatan istimewa untuk mereka 
  • Izinkan mereka mengikut anda ke dalam tandas dan jelaskan apa yang sedang berlaku 
  • Jadikan proses kumbahan menyeronokkan 
  • Berikan sedikit sentuhan ajaib dengan Cecair Pencuci Tangan Dettol 
  • Letakkan permainan dan buku berhampiran bekas tandas untuk menggalakkan mereka duduk lebih lama. Pastikan barang-barang itu boleh dibasuh dengan mudah untuk menghalang penyebaran bakteria. 
  • Puji anak anda apabila mereka membuang air menggunakan bekas tandas 
  • Perkenalkan seluar latihan tandas agar si manja anda menjadi biasa untuk menanggalkan seluarnya

Kebersihan untuk tangan dan rumah

Latihan tandas tidak akan habis semalaman. Setiap kanak-kanak unik dan ada yang mengambil masa yang lebih lama berbanding kanak-kanak lain. Apa sekali pun, ia masa yang sesuai untuk mengajar si manja anda asas kebersihan tangan, jelaskan mengapa mereka tidak patut menyentuh sesuka hati di tandas dan menyemai amalan membasuh tangan dengan baik. Untuk kemudahan membasuh tangan, sediakan Cecair Pencuci Tangan Dettol yang membunuh 99.9% bakteria.

Selain latihan yang banyak, latihan menggunakan tandas juga memerlukan kesabaran. Anda perlu memastikan rumah sentiasa bersih dengan mempunyai disiplin untuk membersih dan membasmi kuman dengan segera (termasuklah bekas tandas anak anda) untuk mengelakkan penyebaran kuman dan bakteria.

Tip-tip pembersihan bekas tandas

  • Kosongkan bekas tandas ke dalam tandas sebelum membasuh 
  • Gunakan Cecair Antiseptik Dettol yang telah dicampurkan air. 
  • Jika anda menggunakan Cecair Antiseptik Dettol, perlu campurkan air, jangan terus tuangkan ke bekas tandas kerana ia boleh merosakkan plastik.
  • Gunakan Dettol Multi Action Cleaner untuk membersihkan najis 
  • Bersihkan tempat duduk tandas, pemegang kumbahan dan pili dengan Dettol Complete Clean Multi Action Trigger Spray

 

Jika anda lebih kerap membersihkan kotoran berbanding meraikan kejayaan latihan ini, usahlah bimbang. Mungkin si manja anda masih belum bersedia untuk latihan tandas.