334 Healthy Hygienic Feeding

Setiap ibu bapa tahu nutrisi yang cukup amat penting kepada perkembangan fizikal dan mental kanak-kanak. Penyusuan yang sihat untuk bayi dan kanak-kanak adalah lebih penting berbanding makanan yang anda berikan dengan penuh kasih sayang. Berikut adalah beberapa tip kebersihan asas yang boleh menjamin si manja anda mendapat nutrisi sihat yang diberikan oleh anda.

Sistem imunisasi bayi anda baru sahaja berkembang dan ia lemah berbanding kanak-kanak lain yang telah menghasilkan daya tahan mereka.

Untuk memastikan waktu penyusuan yang sihat, kami ada beberapa tip untuk anda. Namun, kami tidak menjanjikan waktu penyusuan yang mudah dengan si manja anda, tetapi ia menjadikan mereka lebih sihat!

  1. Basuh tangan mereka, ia amalan yang baik untuk mereka dan kita patut basuh tangan sebelum makan untuk mengelakkan sakit perut dan penyakit lain.
  2. Jika anak anda masih menyusu menggunakan botol, maka adalah penting untuk anda memastikan botol susunya telah disteril dan ia perlu dilakukan sehinggalah mereka berusia lebih kurang 12 bulan. Botol-botol ini perlu dibasuh dan bebas daripada minyak, kemudian barulah anda steril menggunakna cecair pensteril atau menggunakan ketuhar stim. Jika menggunakan susu formula, maka air yang digunakan untuk membuat susu di dalam botol haruslah selamat, bebas dari pencemaran dan ia perlulah dididihkan terlebih dahulu untuk membunuh bakteria.
  3. Sebaik sahaja anak anda sudah boleh menerima makanan pejal, maka amat penting untuk anda memastikan makanan yang anda berikan dimasak sempurna dan disediakan dalam persekitaran yang bersih.

Tiga tip untuk meningkatkan kebersihan makanan:

  1. Pastikan tangan anda dibasuh sebelum menyediakan makanan jadi anda tidak akan mencemarkan makanan dengan bakteria yang ada pada tangan anda. 
  2. Pastikan permukaan yang anda menyediakan makanan bersih daripada kuman. Dettol antibacterial surface cleanser sesuai untuk permukaan yang kerap disentuh makanan, dan lapkannya dengan kain yang bersih. 
  3. Gunakan kain atau span yang bersih; kain juga boleh menyembunyikan bakteria merbahaya, jadi rendamkannya di dalam disinfektan atau basuhkannya pada suhu sekitar 60°C setiap hari untuk membunuh bakteria. Jika kain atau span anda tidak bersih daripada kuman, anda mungkin telah memindahkan ribuan bakteria kepada permukaan penyediaan makanan anda! 
  4. Kerusi tinggi adalah tempat yang perlu dibersihkan sekiranya anak anda masih kecil. Mana-mana ibu bapa dengan anak kecil pasti tahu, sewaktu memberi makan, makanan akan jatuh ke merata tempat. Jadi, pastikan kerusi tinggi bersih daripada kuman untuk menjamin pemakanan yang sihat untuk si manja anda. Pastikan ia dibasuh dengan teliti dan bersih daripada kesan makanan setiap kali digunakan. Dettol Antibacterial Surface cleanser membunuh 99.9% kuman dan formula tanpa bau ini begitu sesuai untuk memastikan kerusi si manja anda bebas daripada kuman.