611 How To Wash Your Hands

Bilakah kali terakhir anda diajar tentang cara membasuh tangan? Selama ini, anda telah melakukannya, tetapi adakah anda membasuh tangan dengan cara yang betul?

Kebersihan tangan yang baik boleh megurangkan penyebaran bakteria merbahaya dan kuman lain yang boleh mendorong cirit-birit, muntah atau jangkitan merbahaya lain. Ikuti 5 langkah mudah ini untuk menyempurnakan teknik membasuh tangan anda.

Teknik membasuh tangan yang baik

1. Bilas: Basahkan tangan dengan air yang bersih pada suhu yang selesa untuk membilas sebarang kotoran atau debu.
2. Sabun: Gunakan sabun tangan yang secukupnya untuk menghasilkan buih putih apabila anda menggosok kedua-dua tangan.
3. Gosok: Gunakan 20 saat untuk meratakan buih ini keseluruh tangan. Ia masa yang cukup untuk menyanyikan dua set lagu 'Selamat Hari Jadi' (tidak perlu menyanyi dengan kuat). Ketika ini, pastikan anda:
- Menggosok kedua-dua tapak tangan
- Menggosok jari dan ibu jari, serta celah jari
- Gosokkan kuku ke tapak tangan
- Gosokkan bahagian belakang kedua-dua tangan
4. Bilas: Bilas tangan anda dengan air bersih bagi menanggalkan semua buih
5. Gosokkan jari di atas tapak tangan
6. Keringkan:Keringkan dengan tuala kering yang bersih, lebih elok jika menggunakan kertas tisu. Buangkan mana-mana kertas tisu yang telah digunakan terus ke dalam tong sampah.
7. Bilas dengan aliran air sehingga bersih
8. Keringkan dengan tuala bersih atau kertas tisu