612 Hand Wash Advice

Membasuh tangan adalah perkara paling penting untuk menentang penyebaran bakteria dan kuman lain – iaitu kuman yang boleh menyebabkan sakit perut, demam, selesema dan masalah kesihatan serius yang lain.

Tapi, masih ramai yang tidak melakukannya…

Berikut adalah enam alasan yang paling kerap dibuat untuk tidak membasuh tangan (dan mengapa ia salah)

1. Saya tidak ke mana-mana

Walaupun anda duduk di rumah sepanjang hari, anda tetap menyentuh kuman tanpa mengetahuinya. Tahukah anda bakteria boleh hidup di atas permukaan keras atau apa saja dalam masa berjam-jam sehingga berbulan-bulan? Ini bermakna telefon dan gagang, tombol pintu, alat kawalan TV atau apa jua permukaan yang disentuh orang ramai dengan kerap boleh menjadi lokasi berkuman untuk pemindahan bakteria.

2. Ia tak kelihatan kotor

Kotoran harian mempunyai pelbagai jenis kuman. Jadi, memang menjadi satu perkara baik untuk membasuh tangan jika ia kelihatan kotor. Tetapi, bagaimana pula dengan organisma mikroskop yang tidak boleh anda lihat?

Dalam rutin harian, kita kerap menyentuh kuman, terutama sekali selepas ke tandas atau menyediakan makanan. Jadi, adalah penting untuk mengetahui bila untuk membasuh tangan dan boleh melakukannya dengan betul.

3. Saya terlalu sibuk

Nak cepat? Tak berhenti untuk membasuh tangan, terutama sekali selepas ke tandas mungkin menyebabkan perkara yang lebih serius. Setiap tahun di UK, masalah kesihatan telah menyebabkan majikan membelanjakan £495 untuk setiap pekerja.

Misalnya Norovirus, kerap kali menyebabkan individu yang dijangkitinya tidak dapat bekerja selama 4 hari. Ia juga adalah punca kesakitan seperti mual dan cirit-birit, malah tersebar melalui hubungan dengan orang lain. 

4. Saya terlupa

Dengan terlalu banyak perkara yang perlu diingati, memang mudah untuk terlupa membasuh tangan. Jadi, cuba jadikannya sebagai rutin agar anda menjadi biasa dengannya. Tinggalkan nota untuk diri anda, tulis di tapak tangan, buat peringatan di telefon bimbit, atau tulis senarai ini sehingga anda ingat:

Basuh tangan sebelum:

  • Makan atau menyediakan makanan 
  • Membalut luka atau memberi ubat 
  • Mendukung bayi 
  • Menyalin lampin

Basuh tangan selepas:

  • Mengendalikan makanan 
  • Menyalin lampin atau ke tandas 
  • Bersentuhan dengan cecair badan (darah, air liur, muntah, dll) 
  • Menyentuh haiwan atau haiwan peliharaan 
  • Mengosongkan tong sampah 
  • Berada di kebun

Akhir sekali, basuh tangan anda apabila ia kelihatan kotor atau jika ada ahli keluarga yang dijangkiti.

5. Saya tiada sabun atau air buat masa ini

Berada di luar? Mujurlah ada Dettol Hand Sanitiser untuk membunuh 99.9% kuman - berguna jika anda ingin makan atau berada di dalam pengangkutan awam.

6. Kuman baik untuk sistem imunisasi

Betul, sesetengah jangkitan membantu menguatkan sistem imunisasi yang mencegah penyakit yang menyerang kembali, tetapi biasanya bukan begitu (keracunan makanan). Pendedahan terhadap kuman tidak akan melindungi diri kita daripada jangkitan tertentu.

Antara berbilion mikroorganisma yang disentuh oleh kita pada setiap hari, jarang sekali ada yang merbahaya. Jadi, bantulah sistem imunisasi anda dan basuhlah tangan apabila perlu.