623 BODY ODOUR 740X400

Bau badan (BO) adalah bau yang kurang menyenangkan dan dihasilkan apabila kita berpeluh. Walaupun ia memalukan, mujurlah bau badan boleh dicegah dengan beberapa langkah kebersihan diri yang ringkas.

Apakah punca bau badan?

Walaupun ramai yang berfikir bau badan berpunca daripada peluh, tetapi sebenarnya tidak. Bau ini adalah disebabkan bakteria yang menguraikan peluh menjadi asid lemak, lalu mengeluarkan bau yang kurang menyenangkan.

Peluh adalah kaedah badan mengurangkan suhu. Apabila peluh kering, ia turut membawa pergi haba daripada tubuh, dan ini membantu menyejukkan tubuh anda.

Untuk melakukannya, tubuh anda mempunyai 4 juta kelenjar peluh dan terdapat dua jenis yang berbeza.

Kelenjar Ekrin ditemui di seluruh tubuh anda. Peluh yang dikeluarkan biasanya tidak berbau, namun ia boleh mengeluarkan bau yang kurang menyenangkan jika anda makan dan minum sesuatu. Antaranya adalah bawang putih, rempah, alkohol dan ubat-ubat tertentu.

Kelenjar apokrin biasanya ditemui di bahagian badan yang berbulu, seperti ketiak dan kawasan kemaluan. Ia muncul sewaktu mencecah usia baligh dan membebaskan bahan kimia semula jadi seperti pheromone. Peluh daripada kelenjar apokrin mengandungi protein yang banyak, maka ia adalah sumber makanan yang terbaik untuk bakteria. Jadi, mereka yang mempunyai kelenjar apokrin aktif yang banyak menghasilkan bau badan dengan lebih cepat.

Berat badan yang melampau atau mengalami masalah kesihatan seperti diabetes boleh memburukkan lagi masalah bau badan. Kebiasaannya, ia adalah tanda terlalu banyak bakteria pada kulit.

Bagaimana boleh membuang bau badan?

Mudah saja. Pastikan kawasan badan anda yang kerap berpeluh dibersihkan sebaik mungkin. Ikuti langkah-langkah kebersihan berikut:

  • Basuh dengan sabun dan air hangat sekurang-kurangnya sekali sehari. Perhatikan kawasan berambut terutamanya ketiak dan kemaluan di mana terdapat banyak kelenjar yang membebaskan peluh dan kawasan bakteria membiak dengan cepat.
  • Kerap salin pakaian, basuh dan gantikan jika perlu. Tambahkan Dettol Laundry Sanitiser ke dalam cucian untuk memastikan anda membunuh 99.9% bakteria walaupun pada suhu rendah.
  • Gunakan deodoran atau penyembur antipeluh di ketiak selepas membersihkan badan. Antipeluh berbuli biasanya lebih efektif.
  • Mencukur ketiak membolehkan peluh kering dengan lebih cepat, memberikan kurang masa untuk bakteria menguraikannya.
  • Pakai fabrik berangin seperti sutera, wul atau kapas agar peluh boleh kering dengan segera.
  • Kurangkan bawang putih dan rempah dalam masakan.