Keracunan makanan

422 Food Poisoning

Keracunan makanan berlaku apabila kita mengambil makanan yang telah dicemari – biasanya bakteria atau virus. Ia kurang selesa, tetapi jarang sekali perlukan rawatan perubatan. Dengan minuman yang banyak, amalan menjaga kebersihan tangan dan makanan ringan, anda pasti kembali sihat dalalm sehari dua.

Keracunan makanan berlaku apabila kita mengambil makanan yang mengandungi kuman merbahaya seperti Campylobacter, Salmonella atau E. coli. Makanan mentah, termasuk daging, ayam itik, telur, ikan dan makanan laut, buah mentah serta sayur-sayuran boleh mengandungi jumlah kuman yang banyak dan mudah tersebar ke makanan lain dan permukaan di sekitar dapur melalui tangan yang tidak dibasuh dan permukaan yang tercemar (cth: papan pemotong, alat masakan, pili). Silangan pencemaran berlaku di antara permukaan adalah penyumbang kepada 40% penyakit bawaan makanan. Oleh itu, anda perlu berhati-hati apabila mengendalikan makanan di dapur. Cuma perlu ingat empat perkara: silangan pencemaran, membersih, memasak dan menyejukkan.

Campylobacter, Salmonella, Listeria, Escherichia coli (E. coli) dan Norovirus (virus muntah) adalah punca utama keracunan makanan. 

Berikut adalah penyebab biasa:

  • Memakan makanan mentah atau kurang masak (terutama sekali ayam itik, khinzir, burger, sosej dan kebab)
  • makanan yang telah tamat tempoh atau tidak disimpan dengan baik
  • Mengambil makanan yang telah dikendalikan oleh seseorang yang menghidapi cirit-birit atau muntah-muntah.
  • Silangan pencemaran (di mana kuman daripada makanan yang tercemar tersebar kepada makanan lain)

Bergantung kepada jenis-jenis kuman yang terlibat, tanda-tanda mungkin berbeza dari satu hingga 36 jam selepas mengambil makanan yang tercemar.

Mungkin anda mengalami salah satu perkara berikut:

  • Mual
  • Muntah 
  • Cirit-birit 


Tanda-tanda lain termasuklah

  • Kejang perut 
  • Sakit abdomen 
  • Hilang selera 
  • Suhu tinggi 
  • Sakit otot 
  • Sejuk

Jika anda dapati diri anda mengalami sakit perut yang melampau, minum banyak air dan jika boleh dapatkan cecai rehidrasi oral (ORS). Ini akan menggantikan mineral dan garam yang telah kehilangan akibat muntah dan cirit-birit. Biasanya ia datang dalam paket dan dicampurkan ke dalam air.

Cuba makan seperti biasa, tetapi pastikan dalam hidangan yang kecil dan ringan. Elakkan mengambil makanan pedas, masin atau bergula.

Jika tanda-tanda anda berlanjutan selama sehari atau dua, atau anda berasa sakit, berbincanglah dengan penasihat kesihatan anda.

Mujurlah ada banyak yang boleh anda lakukan untuk mencegah gastritis atau penyakit bawaan makanan. Ikuti empat langkah keselamatan makanan kami

Membersih:

  • Amalkan kebersihan tangan yang baik: Ingat untuk membasuh tangan dengan kerap menggunakan sabun dan air, terutama sekali selepas menggunakan tandas, dan sebelum dan selepas menyediakan dan mengambil makanan. Jika anda berada di kawasan yang sukar untuk menemui pili air, gunakanla Dettol Hand Sanitiser untuk membunuh 99.9% kuman.
  • Basuh dan basmi kuman di permukaan penyediaan makanan: Selepas menyediakan makanan (terutama sekali daging mentah, ikan atau telur), gunakan Dettol Disinfectant Spray atau Dettol Wet Wipes ke atas permukaan yang telah anda gunakan. Alat masakan yang kotor boleh dibasuh dengan bahan pencuci dan air panas.

Masak dengan teliti

Daging perlu dimasak sepenuhnya sehingga tiada tanda-tanda berwarna merah jambu di atas daging. Pastikan makanan yang dipanaskan dengan rata dan jangan panaskannya lebih daripada sekali.

Sejukkan, tutup dan simpankan di dalam peti sejuk makanan yang telah dimasak dalam masa sejam

Asingkan hidangan yang besar ke dalam bekas-bekas kecil jika perlu untuk mempercepatkan penyejukan. Ikuti panduan membungkus untuk menyejukkan makanan segar dan ambil (atau buang) makanan mengikut tarikh luput.

Elakkan silangan pencemaran

Ingat untuk basuh tangan anda sebelum menyediakan makanan dan selepas mengendalikan bahan mentah. Anda juga patut menyediakan makanan mentah jauh dari makanan yang telah dimasak di dapur menggunakan alat memasak dan papan pemotong yang berbeza. Jangan simpan makanan mentah di atas makanan yang telah dimasak di dalam peti sejuk kerana titisan air mungkin mencemarkan makanan yang telah dimasak.

522 Food Safety

Keselamatan makanan

Elakkan masalah keracunan makanan dengan panduan ringkas kami tentang kebersihan dapur. Cuma ingat empat perkara: Silangan pencemaran, membersih, memasak dan menyejukkan.

611 How To Wash Your Hands

Cara membasuh tangan anda

Anda tidak akan percaya berapa ramai orang yang membasuh tangan dengan cara yang salah. Apakah teknik membasuh tangan anda? Cuba lihat panduan ringkas kami untuk mengetahui adakah teknik anda betul.

423 Diarrhoea

Cirit-birit

Ia bukanlah sesuatu yang diingini, tetapi ia kerap berlaku. Ketahui apa yang menyebabkan cirit-birit, tanda-tanda biasa dan cara mengelakkan penyebaran bakteria di rumah anda.