Cirit-birit

423 Diarrhoea

Cirit-birit (atau diarrhea) adalah ketika anda membuang air besar dengan lebih banyak dan kerap berbanding biasa. Ia adalah salah satu tanda-tanda gastroenteritis, dan tanda lain adalah muntah.
Gastroenteritis adalah radang dalam perut atau sistem penghadaman yang berlaku akibat jangkitan bakteria atau virus. Cirit-birit biasanya berlaku selama 2-4 hari tanpa sebarang rawatan, namun cirit-birit yang teruk mungkin menggugat nyawa. Ini disebabkan badan kehilangan air, apatah lagi jika bayi dan kanak-kanak yang mengalaminya serta pesakit yang kurang zat dan lemah daya tahan. Sayangnya, cirit-birit adalah pembunuh kedua tertinggi kanak-kanak berusia lima tahun ke bawah, di mana ia telah meragut 760,000 kematian kanak-kanak setiap tahun.

Mujurlah cirit-birit boleh dihalang. Melalui bekalan air minuman yang selamat, pembasmian kuman yang lebih baik (termasuklah bekalan kemudahan yang betul untuk menguruskan sisa buangan manusia) dan mengamalkan kebersihan tangan melalui sabun dan air, risiko penyakit cirit-birit boleh dikurangkan.

Apa yang menyebabkan cirit-birit?

Secara amnya, jangkitan cirit-birit tersebar melalui pengambilan makanan dan minuman yang tercemar (lalu cirit-birit selepas makan), dengan tangan yang kotor, atau menyentuh najis. Pelbagai jenis virus, bakteria dan parasit boleh menyebabkan gastroenteritis dan seterusnya cirit-birit. Antara kuman yang biasa adalah:

  • Bakteria. Cth: Salmonella atau Escherichia (E. coli)
  • Virus. Cth: Norovirus atau rotavirus
  • Parasit. Cth: Giardia intestinalis

Apakah tanda-tandanya?

Anda mungkin mengalami perkara-perkara berikut:

  • Najis cair
  • Sakit atau kejang perut 
  • Kerap ingin menggunakan tandas 
  • Mual dan muntah-muntah 
  • Demam 
  • Hilang selera 
  • Dehidrasi

Serangan cirit-birit biasanya akan hilang selepas beberapa hari, namun adalah penting untuk tidak mengalami dehidrasi pada waktu ini.

Minum dengan banyak. Anda mungkin ingin mempertimbangkan untuk mengambil larutan rehidrasi oral (ORS). Biasanya ia datang dalam paket dan dicampurkan ke dalam air untuk menggantikan mineral dan garam yang telah kehilangan akibat muntah dan cirit-birit.

Cuba makan seperti biasa, tetapi pastikan dalam hidangan yang kecil dan ringan. Elakkan mengambil makanan pedas, masin atau bergula. Bagi bayi yang mengalami cirit-birit, anda perlu terus menyusukan mereka seperti biasa.

Jika tanda-tanda anda berlanjutan selama seminggu, atau anda berasa sakit, berbincanglah dengan penasihat kesihatan anda.

Bagaimana saya boleh mencegah cirit-birit?

Amalkan kebersihan tangan yang baik:
Ingat untuk membasuh tangan dengan kerap menggunakan sabun dan air, terutama sekali selepas menggunakan tandas, dan sebelum dan selepas menyediakan dan mengambil makanan.

Air minuman yang selamat:

Air yang tercemar adalah salah satu faktor utama yang menyebabkan penyakit berjangkit di negara-negara membangun. Pastikan anda mempunyai akses minuman yang selamat dan jika menyimpan air di rumah, pastikan bekas itu tertutup. Jangan benarkan sesiapa menyentuh air atau minum dari bekas, dan kerap kali bilas bekas selepas digunakan. Jika anda tidak pasti tentang kualiti air, rawat ia sebelum minum.

Kebersihan tandas:

Menggunakan tandas untuk membuang air kecil atau besar adalah kaedah penting untuk mencegah penyebaran kuman yang boleh menyebabkan cirit-birit. Sentiasa gunakan tandas yang dilengkapi sistem kumbahan atau sistem sanitari serta-merta (cth: tangki septik atau lubang peresapan) dan buangkan kertas tandas ke dalam tandas atau menanamkannya. Kumbah tandas selepas digunakan untuk memastikan setiap najis habis dibersihkan dan gunakan pembersih tandas atau berus untuk menanggalkan sebarang kotoran pada permukaan dalaman tandas. Malah, kawasan sekitar tandas perlulah sentiasa bersih dan dibasmi kuman terutama sekali kawasan yang kerap disentuh seperti tempat duduk, penutup, pemegang kumbahan. Pastikan tandas ditutup untuk mengelakkan kuman dibawa lalat.

Kain yang digunakan untuk membersihkan tandas dan kawasan tandas tidak patut digunakan untuk membersih kawasan rumah yang lain.

Kebersihan makanan:

Kebersihan makanan yang baik dapat membantu mencegah gastroenteritis dan cirit-birit akibat keracunan makanan.

  • Bersihkan dan basmi kuman permukaan penyediaan makanan: Selepas menyediakan makanan (terutama sekali daging mentah, ikan atau telur), bersihkan dan basmi kuman permukaan dapur yang telah anda gunakan. Alat memasak yang kotor, kutleri dan pinggan mangkuk boleh dibersihkan dengan bahan pencuci dan air panas. 
  • Simpan makanan yang mentah dan dimasak secara berasingan 
  • Masak makanan anda dengan rata 
  • Simpankan makanan dalam peti sejuk untuk menghalang pertumbuhan bakteria 

Sila berhati-hati jika seseorang di dalam keluarga anda mengalami cirit-birit.

  • Elakkan berkongsi kutleri, alat masakan, tuala dan barangan penjagaan peribadi lain seperti tuala muka dan span dengan ahli keluarga lain 
  • Mereka yang mengalami cirit-birit tidak sepatutnya menghidangkan makanan untuk yang lain 
  • Bersihkan dan basmi kuman tandas anda, termasuklah tempat duduk tandas dan pemegang kumbahan tandas, setiap kali selepas cirit-birit 
  • Ingat untuk membasuh tangan dengan teliti dan kerap menggunakan sabun dan air 
  • Tunggu sekurang-kurangnya 48 jam selepas tanda-tanda berkurangan sebelum kembali bekerja atau ke sekolah

Anda kurang minum apabila menghidapi cirit-birit

Salah – apabila anda mengalami cirit-birit, adalah penting untuk anda meminum banyak air untuk mengelakkan dehidrasi. Minum dengan kerap walaupun sedikit jika anda ingin muntah, dan pastikan untuk merawat air itu sebelum diminum.

Anda patut berhati-hati dengan apa yang anda makan jika mengalami cirit-birit

Terdapat pelbagai pendapat tentang apa yang patut dan bila patut anda makan ketika cirit-birit. Kebanyakan pakar bersetuju anda patut mengambil makanan yang pejal. Hidangan anda perlulah kecil dan elakkan makanan pedas, berat atau menggemukkan. Jika anda tak boleh makan, anda tidak patut makan.

611 How To Wash Your Hands

Cara membasuh tangan anda

Anda tidak akan percaya berapa ramai orang yang membasuh tangan dengan cara yang salah. Apakah teknik membasuh tangan anda? Cuba lihat panduan ringkas kami untuk mengetahui adakah teknik anda betul.

522 Food Safety

Keselamatan makanan

Elakkan masalah keracunan makanan dengan panduan ringkas kami tentang kebersihan dapur. Cuma ingat empat perkara: Silangan pencemaran, membersih, memasak dan menyejukkan.

521 Kitchen Safety Hotspots (1)

Kebersihan dapur di rumah anda

Kebersihan yang baik amat penting untuk keselamatan dapur. Kenal pasti lokasi berkuman di dapur dan bunuh 99.9% bakteria dengan Tisu Antibakteria Dettol untuk memastikan nadi kediaman anda sentiasa selamat.