Breadcrumbs

Jangkitan pundi kencing

Jangkitan saluran kencing atau UTI adalah perkara biasa dan kerap kali menjangkiti golongan wanita berbanding lelaki. Ia agak menyakitkan tetapi ia akan menjadi lebih baik selepas beberapa hari, namun ada juga sesetengah kes di mana antibiotik dapat membantu.

Ketahui lebih lanjut tentang jangkitan saluran kencing, punca dan cara untuk mengelakkan keadaan sakit ketika ke tandas.

Pundi kencing adalah istilah untuk bahagian tubuh yang menghasilkan dan membuang kencing. Ia termasuklah buah pinggang, uterer, pundi dan uretra.

Jangkitan saluran kencing (UTI) berlaku apabila salah satu daripada sistem pundi kencing dijangkiti, kebiasaannya oleh bakteria yang memasuki uretra dari luar. Kadangkala, UTI juga boleh disebabkan oleh bakteria di dalam saluran darah. Jangkitan terhadap pundi dikenali sebagai sistitis sementara jangkitan uretra pula dipanggil uretritis.

UTI bukanlah penyakit yang dijangkiti secara seksual. Tetapi sesetangah wanita boleh mendapat jangkitan daripada melakukan seks dan kemudian menjurus kepada UTI. UTI bagi lelaki pula berpunca akibat pengecutan uretra (tersekat), jangkitan penyakit seksual, batu karang atau masalah dengan kelenjar prostat.

Anda mungkin mengalami antara yang berikut:

  • Kesakitan dan kepedihan ketika kencing
  • Tiba-tiba ingin kencing (tidak boleh tahan)
  • Sakit belakang atau perut
  • Air kencing yang pekat atau berbau
  • Rasa kurang sihat

Ia adalah tanda-tanda biasa dan akan pergi dalam masa beberapa hari. Namun, jika anda hamil, mengalami diabetik, suhu badan tinggi, atau tanda-tanda ini menjadi lebih teruk, anda dinasihati berjumpa dengan pakar kesihatan anda.

 

Antibiotik sering kali diberikan untuk merawat UTI, tetapi terdapat beberapa cara untuk mengurangkan risiko dijangkiti:

  • Amalan kebersihan diri yang baik – mandi setiap hari, basuh kemaluan dan pastikan anda bersihkan dari depan ke belakang selepas ke tandas. Kebanyakan UTI adalah disebabkan oleh bakteria dari punggung yang disebarkan secara tidak sengaja ke uretra (lubang kencing).
  • Jangan tahan. Pergi ke tandas sebaik sahaja anda terasa ingin membuang air kecil
  • Buang air selepas melakukan hubungan seks. Ini membantu membuang bakteria disekitar uretra.
  • Elakkan sembelit (apabila anda mendapati kesukaran untuk membuang air besar). Masukkan serat ke dalam pemakanan dan minuman anda pada sepanjang hari.
  • Minum jus kranberi. Jus kranberi atau kapsul kranberi adalah kaedah semula jadi untuk meningkatkan daya tahan anda terhadap UTI.