Breadcrumbs

Selesema babi (H1N1)

Jika anda masih belum pernah tahu tentang influenza H1N1, mungkin anda lebih mengenalinya dengan nama selesema babi. Ia dipanggil begitu kerana ia buat pertama kalinya dikesan memiliki virus selesema sama yang dibawa oleh khinzir.

Pada tahun 2009, selesema babi telah mengakibatkan wabak selesema yang berpunca di Mexico dan tersebar ke kebanyakan negara di seluruh dunia. Mujurlah ia tidak seteruk yang dianggap dan pada tahun 2010, Pertubuhan Kesihatan Sedunia mengisytiharkan wabak itu telah tamat.

Namun, risiko selesema babi masih ada. Influenza H1N1 adalah wabak selesema utama yang terus tersebar di kalangan warga emas, wanita mengandung dan mereka yang mengalami masalah jantung, paru-paru, buah pinggang dan hati adalah golongan berisiko mendapatkan jangkitan ini.

Selesema babi adalah virus selesema yang tersebar dengan cara yang sama seperti selema biasa – melalui sentuhan dengan mereka yang telah dijangkiti, menghirup udara yang mengandungi partikel virus individu yang telah dijangkiti apabila mereka batuk atau bersin, serta menyentuh barang-barang yang telah dicemari oleh seseorang yang dijangkiti virus selesema.

Tempoh pengasingan untuk selesema adalah 4-6 hari. Orang dewasa boleh dijangkiti sehari sebelum tanda-tandanya muncul, ini bermakna anda mungkin telah menyebarkan virus H1N1 tanpa mengetahui anda memilikinya.

Berapa lama ia akan berjangkit? Bagi orang dewasa, tempoh jangkitan mungkin berlanjutan sehingga lima atau tujuh hari, sementara bagi kanak-kanak ia mungkin bertahan selama dua minggu.

Tanda-tanda selesema babi termasuklah:

  • Sakit-sakit otot
  • Keletihan
  • Sakit tekak
  • Batuk
  • Demam
  • Hingus
  • Cirit-birit atau muntah-muntah
  • Sakit kepala
  • Sesak nafas

Dapatkan vaksin

Selesema babi turut disertakan di dalam vaksin selesema biasa. Golongan berisiko tinggi seperti wanita mengandung patut mendapatkan vaksin. Dapatkan nasihat daripada pakar penjagaan kesihatan anda untuk keterangan lanjut.

Basuh tangan dengan kerap.

Amalan kebersihan tangan amatlah penting untuk mencegah penyebaran jangkitan. Jika tiada sabun dan air, gunakan pembasmi kuman tangan.

Gunakan tisu:

Sentiasa tutup hidung dan mulut menggunakan tisu apabila anda bersin dan pastikan tisu itu dibuangkan ke dalam tong sampah. Jika anda tiada tisu, bersinlah ke siku dan bukannya tapak tangan.

Bersihkan dan basmi kuman permukaan yang kerap disentuh:

Virus selesema boleh hidup sehingga 48 jam dan permukaan tidak berliang, jadi adalah penting untuk membersih dan membasmi kuman permukaan yang telah disentuh seperti pemegang, kaunter dapur, suis lampu dan lain-lain.

Pengasingan:

Asingkan mereka yang menghidapi selesema, dan jika anda mengalami selesema, elakkan bertemu orang lain untuk mencegah penyebaran virus.

Jika anda risau tentang selesema babi atau virus H1N1, dapatkan nasihat pakar penjagaan kesihatan anda.

Q. Jika anda sihat, anda tidak akan dijangkiti selesema babi.

Orang yang sihat, tua dan muda, boleh dijangkiti virus selesema babi. Namun, warga tua, mereka yang sakit dan wanita mengandung lebih berisiko mendapat jangkitan H1N1.

Q. Jika anda mendapat tanda-tanda seperti demam dan selesema, anda telah dijangkiti selesema babi.

Tanda-tanda selesema babi dan selesema biasa adalah sama, tetapi mereka yang mengalami selesema babi tidak akan dijangkiti demam. Usah membuat tanggapan – temui pakar penjagaan kesihatan jika anda bimbang.