Breadcrumbs

Jangkitan kulit

Jangkitan kulit berlaku apabila kuman-kuman merbahaya (biasanya bakteria, kulat atau virus) memasuki luka dan membesar di situ. Kebanyakan jangkitan kulit boleh dirawat dengan ubat-ubatan biasa, tetapi kadangkala ada juga jangkitan yang memerlukan antibiotik.

Ketahui lebih lanjut tentang penyebab jangkitan kulit, cara untuk berwaspada dan langkah mudah untuk memastikan kulit anda bersih dan sihat.

Bakteria, kulat dan virus adalah punca biasa jangkitan kulit. Seperti kuman merbahaya yang lain, ia boleh tersebar melalui sentuhan kulit; di sekitar kediaman anda, pakaian, haiwan peliharaan, makanan dan alat-alat di rumah anda.

Terdapat beberapa jenis jangkitan terhadap jangkitan kulit dan jenis jangkitan bergantung kepada mikroorganisma yang menjadi punca. Antara jangkitan kulit yang kerap berlaku adalah:

Bisul

Bisul adalah benjolan merah yang menyakitkan pada kulit dan kadangkala muncul di leher, muka, ketiak atau punggung.

Cellulitis

Cellulitis adalah jangkitan lapisan bahagian dalam kulit (dermins) dan lapisan lemak dan tisu lembut (tisu subkutaneus) yang berada di bawah kulit.

Kurap

Kurap adalah jangkitan yang kerap menjangkiti bahagian badan yang terdedah, misalnya kaki, tangan atau muka yang mengakibatkan radang merah berbentuk bulat.

Kutu air

Kutu air adalah jangkitan kuman yang biasanya memberi kesan gatal, melecet dan kulit merekah di antara jari kaki anda.

Tanda-tandanya berbeza bergantung kepada jenis jangkitan, namun antara tanda-tanda yang biasa adalah:

  • Bisul
  • Gatal-gatal
  • Kudis
  • Kesakitan dan ketidak selesaan
  • Melecet
  • Nanah
  • Radang

Jika anda mengalami tanda-tanda ini, dapatkan nasihat doktor atau pakar kesihatan kerana anda mungkin memerlukan antibiotik (tablet atau krim) untuk merawat jangkitan kulit sebelum ia menjadi lebih seirus.

Basuh tangan anda:

Jangkitan kulit begitu mudah tersebar, jadi kerap kali basuh tangan anda dengan sabun dan air. Jika anda berada di luar dan tiada pili air, gunakanlah Dettol Hand Sanitiser untuk membunuh 99.9% kuman.

Mandi dengan kerap:

Jangkitan boleh berlaku di mana-mana bahagian kulit anda. Bersihkan badan dengan teliti dan kerap untuk menanggalkan sebarang kuman dan bakteria merbahaya.

Jangan berkongsi:

Jika seseorang di rumah anda mengalami jangkitan kulit, basuh setiap barang yang telah mereka gunakan (seperti sarung tilam, tuala, cawan dan kutleri) sebelum anda menggunakannya.

Keringkan:

Cepat salin jika pakaian anda dibasahi air atau peluh, dan keringkan diri sepenuhnya bagi mengelakkan kemungkinan kulit dijangkiti kuman. Malah, sentiasa pakai selipar di bilik persalinan awam atau kawasan mandi

Pertolongan cemas:

Kuman boleh menjangkiti kesan luka atau melecet jika anda tercedera. Bersihkan luka dan sapukan antiseptik untuk membunuh sebarang kuman yang mungkin masih ada dan balutkannya untuk menghalang dijangkiti kuman dan kotoran.

Q. Hanya atlet sahaja yang dijangkiti kutu air

Tidak benar. Mungkin ia dipercayai begitu kerana kulat yang menjadi punca jangkitan itu kerap kali berada di tempat-tempat yang sering digunakan oleh atlet seperti bilik bersalinan, bilik mandian atau gim. Namun, sesiapa saja yang terdedah kepada kulat ini boleh dijangkiti, bukan sahaja atlet.