Breadcrumbs

Penyakit tangan, kaki dan mulut

Penyakit tangan, kaki dan mulut adalah jangkitan virus yang mudah tersebar dan kerapkali menjangkiti kanak-kanak di bawah usia 10 tahun. Walaupun ia memberi ketidakselesaan bagi kanak-kanak, ia tidak memberi ancaman kepaa kesihatan mereka. Namun, terdapat juga jangkitan yang memberi ancaman kepada otak (ensefalitis) yang dikaitkan dengan penyakit tangan, kaki dan mulut disebabkan ketegangan virus. Tetapi ia hanya telah berlaku di rantau Asia Pasifik.

Orang dewasa jarang sekali dijangkiti penyakit tangan, kaki dan mulut. Tetapi, tanda-tanda ini boleh mengakibatkan ketidakselesaan. Disebabkan ia mudah tersebar, elakkan bertemu orang dan tempat kerja sehingga penyakit ini sembuh sepenuhnya.

Penyakit tangan, kaki dan mulut adalah disebabkan beberapa virus berbeza daripada kumpulan yang dipanggil enterovirus. Ia boleh ditemui di dalam saluran hidung dan tekak, cecair di dalam kesan melecet dan najis orang yang dijangkiti.

Titisan air daripada batuk atau bersin orang yang dijangkiti boleh dihirup di dalam udara, atau mencemar permukaan berhampirannya. Selain itu, jika orang yang dijangkiti tidak membasuh tangan dengan baik selepas ke tandas, mereka boleh mencemar makanan dan permukaan yang disentuh.

Penyakit tangan, kaki dan mulut mudah sekali tersebar di kawasan seperti pusat jagaan kanak-kanak, di tempat di mana kanak-kanak perlu menyalin lampin atau menggunakan tandas. Jika anak anda ke pusat jagaan, pastikan pusat jagaan itu mempunyai amalan kebersihan yang baik sepanjang masa.

Tanda-tanda penyakit tangan, kaki dan mulut termasuklah:

  • Demam
  • Rasa tidak sihat
  • Bintik-bintik merah yang tidak gatal atau ketulan berisi cecair pada tangan dan kaki. Ia juga mungkin muncul di lutut, siku dan kemaluan, serta boleh bertukar kepada kesan melecet yang menyakitkan.
  • Hilang selera
  • Kesan melecet mulut yang menyakitkan

Satu tanda penyakit tangan, kaki dan mulut yang sama adalah dehidrasi. Jadi, adalah penting untuk memastikan si manja anda meminum banyak air.

Sentiasa membasuh tangan anda (dan anak-anak anda):

Membasuh tangan dengan teliti selepas ke tandas atau menyalin lampin, dan sebelum menyediakan makanan atau makan. Jika tiada sabun atau air, gunakan pembasmi kuman tangan.

Elakkan sentuhan dengan orang yang dijangkiti:

Penyakit tangan, kaki dan mulut mudah berjangkit, jadi lebih baik untuk mengelakkan sentuhan dengan mereka yang dijangkiti.

Bersihkan dan basmi kuman permukaan tercemar

Termasuklah permainan anak-anak anda jika ada.

Basmi kuman cucian pakaian anda:

Basuh alas tilam, pakaian atau tuala yang telah dicemari dengan air liur, cecair kesan melecet atau najis menggunakan air panas.

Q. Penyakit tangan, kaki dan mulut adalah sama seperti penyakit kaki dan mulut

Tidak. Ia berbeza. Penyakit kaki dan mulut hanya menjangkiti lembu, kambing dan khinzir. Anda tidak akan mendapat penyakit tangan, kaki dan mulut daripada haiwan.

Q. Jika anda pernah dijangkiti penyakit tangan, kaki dan mulut, anda tidak akan dijangkiti lagi.

Tubuh anda akan menjadi imun kepada serangan virus tertentu, tetapi anda mungkin akan dijangkiti buat kali kedua oleh virus lain yang turut membawa penyakit tangan, kaki dan mulut.