Konjunktivitis

Mata anda sangat sensitif. Oleh itu, kegatalan atau jangkitan yang sedikit pun boleh mengakibatkan kesakitan dan kegatalan yang berpanjangan. Ia juga boleh mengakibatkan konjunktivitis, keradangan lapisan tisu nipis yang meliputi mata atau dikenali sebagai konjunktiva. Konjunktivitis disebabkan oleh jangkitan bakteria atau virus yang mudah tersebar.

Di dalam kebanyakan kes, konjunktivitis tidak memberi ancaman kesihatan yang serius dan akan pulih sendiri dalam masa beberapa minggu. Namun, adalah penting untuk anda meminta nasihat doktor supaya mereka boleh menentukan rawatan.
Neo-natal konjunktivitis yang menjangkiti bayi berusia lebih muda daripada 28 hari boleh menyebabkan masalah kesihatan yang lebih serius. Jika anda ada bayi yang baru lahir dan and fikir mereka mungkin mengalaminya, bawalah berjumpa dengan pakar kesihatan secepat mungkin.

Terdapat tiga jenis konjunktivitis:

Konjunktivitis infektif:

Disebabkan oleh jangkitan bakteria atau virus. Konjunktivitis infekif mudah berjangkit. Jika seseorang dalam keluarga anda menyentuh mata yang dijangkiti, kemudian menyentuh permukaan lain, ia boleh tersebar dengan mudah kepada ahli keluarga lain.

Konjunktivitis alahan:

Disebabkan oleh tindak balas alahan terhadap sesuatu, seperti debunga atau habuk.

Konjunktivitis iritasi:

Disebabkan oleh konjunktiva bersentuhan dengan punca iritasi seperti syampu, air klorin atau bulu mata yang jatuh.

Tanda-tanda Konjunktivitis Iritasi termasuklah:

  • Mata kemerah-merahan
  • Mata berair

Tanda-tanda konjunktivitis infektif termasuklah yang di atas, serta:

  • Rasa panas
  • Kepedihan pada mata
  • Lapisan melekit pada bulu mata

Tanda-tanda konjunktivitis alahan bergantung kepada alahan anda, tetapi ia termasuklah:

  • Kegatalan mata
  • Bersin dan hidug tersumbat
  • Mata yang kering dan merah
  • Bintik-bintik kecil di bahagian dalam kelopak mata (untuk mereka yang mengalami alahan disebabkan kanta lekap)

Konjunktivitis infektif mudah berjangkit, jadi kebersihan yang baik adalah penting untuk menghalang ia tersebar:

  • Elakkan daripada menyentuh mata – ia menjadikannya lebih teruk dan boleh merebak dari satu mata ke mata yang lain
  • Kerap membasuh tangan. Jika tiada sabun dan air, gunakan pembersih kuman tangan
  • Jangan berkongsi – jika seseorang di dalam keluarga anda mengalami jangkitan konjunktivitis, jangan berkongsi tuala, cermin mata atau apa saja yang bersentuhan dengan mata
  • Bersihkan cucian daripada kuman: Salinkan sarung katil, bantal dan tuala dengan kerap dan basuh menggunakan air panas dan sabun pencuci. Tambahkan pembersih kuman pakaian Dettol ke dalam cucian untuk membunuh 99.9% kuman walaupun pada suhu rendah.

Q. Saya hanya boleh djiangkiti konjunktivitis daripada mereka yang dijangkiti

Tidak. Anda boleh dijangkiti virus konjunktivitis daripada virus sama yang menjadi punca jangkitan telinga atau demam. Anda juga boleh dijangkiti konjunktivitis daripada kesan melecet, habuk atau bulu mata yang bermula dengan kegatalan mata dan kemudian jangkitan.

Q. Konjunktivitis tidak terjangkit jika ia dirawat.

Konjunktivitis mudah dijangkiti sehingga mata tidak kemerah-merahan dan tiada selaput. Ia mungkin mengambil masa beberapa hari. Antibiotik hanya menentang bakteria konjunktivitis dan tidak menghalang penyebarannya.