Breadcrumbs

Demam biasa dan selesema

Tentang demam biasa dan selesema

Ketahui tanda-tanda demam biasa dan selesema, apa perbezaannya dan bagaimana kebersihan yang baik boleh membantu melindungi anda seisi keluarga daripada kuman yang menyebabkan penyakit ini.

Demam biasa dan selesema adalah disebabkan oleh virus-virus yang disebarkan daripada orang lain kepada orang lain. Cara anda boleh dijangkiti demam dan selesema termasuklah:

  • Bernafas dalam titisan air kecil yang mengandungi virus yang dilancarkan ke udara setiap kali seseorang yang menghidapi demam atau selesema bersin, batuk atau bercakap.
  • Dengan menyentuh permukaan tercemar, seperti tisu yang telah digunakan oleh orang yang dijangkiti, pemegang pintu, pemegang jalan dan telefon, malah dengan menyentuh hidung dan mata anda
  • Elakkan bersentuhan dengan orang yang dijangkiti

Apakah perbezaan antara demam biasa dan selesema?

Kadangkala sukar untuk tahu. Kebanyakan tinda-tanda adalah sama dan kedua-duanya disebabkan oleh virus, bukan bakteria. Ini bermakna anda tidak boleh merawat demam dan selesema dengan antibiotik. Tanda-tanda demam adalah lebih sederhana berbanding selesema, dan ia tidak menyebabkan masalah kesihatan yang serius, tetapi selesema boleh.

Ringkasan tentang demam biasa

Demam biasa adalah jangkitan yang memberi kesan kepada sistem pernafasan. Puncanya adalah virus selesema, virus sinsitium pernafasan (RSV), virus parainfluenza, adenovirus dan coronavirus. Tanda-tanda ini boleh muncul dalam pendedahan dalam 10-12 jam dan termasuklah:

  • Hingus meleleh
  • Sakit atau kegatalan tekak
  • Batuk
  • Bersin
  • Demam sedikit (biasanya kanak-kanak)

Ringkasan tentang selesema

Terdapat tiga jenis virus selesema. Virus jenis A merupakan penyebab utama selesema terhadap manusia dan haiwan. Jenis B pula adalah kurang biasa dan menyebabkan penyakit yang kurang serius. Jenis C pula menyebabkan selesema sederhana dan jarang sekali dijangkiti. Tanda-tanda selesema biasanya lebih serius berbanding demam biasa dan ia termasuklah:

  • Demam mengejut (biasanya 39°C atau ke atas)
  • Batuk kering
  • Sakit otot
  • Pening
  • Sakit tekak
  • Keletihan melampau
  • Hingus meleleh atau hidung tersumbat
  • Mual, muntah dan cirit-birit (biasanya kanak-kanak)

 

Bagaimana kebersihan boleh melindungi anda daripada demam dan selesema?

Kebersihan yang baik boleh membantu mencegah demam dan menghalang penyebaran virus demam dan selesema di sekitar rumah anda.

  • Tutup mulut dan hidung anda dengan tisu apabila anda bersin dan batuk
  • Buangkan tisu yang telah digunakan ke dalam tong sampah dan basuh tangan selepas itu
  • Jika anda tidak mempunyai akses kepada sabun dan air, sila gunakan pembasmi kuman tangan
  • Basuh tangan dengan kerap menggunakan sabun dan air atau gunakan pembasmi kuman
  • Bersihkan dan basmi kuman di kawasan yang disentuh dengan kerap, seperti pemegang pintu, pemegang jalan dan pili.
  • Elakkan bersentuhan dengan orang yang dijangkiti demam atau selesema

Apabila seseorang menghidapi demam atau selesema

Duduk di rumah dan jauhkan diri dari orang lain. Minum banyak cecair seperti air. Jika perlu, ambil ibuprofen atau paracetamol untuk meredakan tanda-tanda jangkitan. Amalkan kebersihan yang terbaik.

Berapa lama selesema akan berjangkit?

Tempoh pengasingan untuk selesema biasanya adalah 1-3 hari selepas dijangkiti. Jika anda menjangkiti selesema, anda boleh menjangkiti seseorang sehari sebelum tanda-tanda ini muncul, dan kadangkala sehingga lima hari selepas tanda-tanda ini muncul. Itu bermakna anda boleh menjangkiti seseorang sebelum anda tahu anda menjangkitinya.

Kebanyakan orang sebuh daripada selesema, tetapi ia mungkin membawa komplikasi seperti bronkitis, pneumonia dan kes jarang seperti meningitis.

Q. Menerima suntikan selesema semasa mengandung akan memberi kesan kepada bayi saya

Tidak. Jika anda dijangkiti selesema semasa hamil, anda akan jatuh sakit dan memberi kesan buruk kepada bayi. Malah, suntikan ketika kehamilan membantu melindungi bayi daripada selesema untuk beberapa bulan pertama selepas dilahirkan.

Q. Keluar dengan rambut atau pakaian yang basah akan menyebabkan demam

Ini adalah pesan orang-orang tua daripada nenek dan ibu kita, tetapi melainkan anda bersentuhan dengan seseorang yang dijangkiti demam atau selesema, atau anda menyentuh permukaan atau makanan yang dicemari, anda tidak akan dijangkiti. Mungkin anda berasa sedikit sejuh, tetapi anda tetap sihat.