Breadcrumbs

Selesema burung

Bukan manusia sahaja yang dijangkiti selesema burung, haiwan turut dijangkiti. Kucing, anjing, lembu, khinzir dan burung, semuanya mempunyai virus selsema tersendiri. Selsema avian yang dikenali sebagai selesema burung boleh menjangkiti ternakan seperti ayam, itik, ayam belanda dan angsa, burung liar dan juga burung peliharaan seperti burung bayan dan burung kakak tua.

Terdapat pelbagai jenis selesema burung, dan kebanyakannya tidak merbahaya kepada manusia. Namun, kadangkala terdapat juga selesema burung yang menjangkiti manusia dan kesannya agak serius. Perpindahan biasanya berlaku secara terus daripada burung yang dijangkiti virus. Tetapi bukan semua burung akan jatuh sakit akibat jangkitan. Ini bermakna, burung yang kelihatan sihat mungkin boleh memberi ancaman kesihatan.
Ketahui lebih lanjut tentang punca, tanda-tanda dan cara mencegah selesema burung.

Selesema burung tersebar secara terus atau dengan sentuhan jangka masa lama dengan burung yang dijangkiti. Puncanya termasuklah burung yang mati atau hidup, najis burung, menghirup udara yang sama dengan bersin burung dijangkiti, menyembelih dan menyediakan ternakan yang tercemar untuk dimasak. Walaupun penyebaran manusia kepada manusia jarang sekali berlaku, namun wabak disebabkan sentuhan terhadap burung ini mungkin boleh berlaku dan mungkin menyebabkan kematian.

Tempoh pengasingan untuk selesema burung adalah 2-8 hari. Ia lebih lama daripada selesema biasa dan ada yang bertahan selama 17 hari.

Berapa lama selesema burung akan tersebar? Tujuh hari dari tanda-tanda selesema burung mula dikesan, namun kebiasaannya ia tidak akan tersebar selepas hari ke-5.

Tanda-tanda selesema burung termasuklah:

  • Sakit otot
  • Keletihan
  • Suhu badan yang tinggi
  • Batuk-batuk dan berhingus
  • Gusi dan hidung berdarah
  • Cirit-birit dan muntah-muntah
  • Sakit kepala
  • Mengah

Tanda-tanda ini sama seperti selesema biasa (selain daripada gusi dan hidung berdarah). Jika anda mengalami tanda-tanda tersebut, usah beranggapan anda dijangkiti selesema burung. Jika anda bimbang, anda dinasihatkan untuk berjumpa dengan pakar kesihatan.

 

Tidak banyak yang boleh anda lakukan untuk menghalang penyebaran selesema burung, namun terdapat beberapa cara yang boleh anda lakukan untuk melindungi diri dan keluarga anda. Antaranya:

  • Elakkan menyentuh burung: Untuk mengurangkan terdedahnya kepada virus selesema burung semasa wabak, elakkan berkunjung ke pasar-pasar haiwan dan ladang ternakan ayam itik, atau menyentuh permukaan yang terkena najis burung. Elakkan menyentuh burung terutama sekali jika ia sakit atau mati.
  • Membasuh tangan dengan kerap: sama seperti selesema biasa, membasuh tangan menggunakan sabun dengan kerap adalah penting untuk menghalang penyebaran kuman pembawa penyakit. Jika anda bersentuhan dengan burung, rembesan atau najis, basuh tangan dengan teliti menggunakna sabun dan air.

Q. Anda boleh dijangkiti selesema burung daripada memakan ayam itik yang dijangkiti.

Jika ternakan ayam itik yang telah dijangkiti tidak dimasak dengan betul, anda boleh dijangkiti. Tetapi, selesema burung tidak boleh dipindahkan melalui ternakan ayam itik atau telur yang telah dimasak dengan baik, kerana ia dapat membunuh virus pembawa penyakit ini.