Jerawat

Jerawat adalah keadaan kulit yang menimbulkan bintik-bintik di atas kulit. Ia biasanya berlaku pada muka, dada dan bahagian belakang badan. Ia kerap menjangkiti remaja kebiasaannya pada peringkat baligh. Namun, ia juga kerap dijangkiti oleh orang dewasa, terutama wanita yang berusia sekitar lewat 20-an. Jerawat adalah berbeza dari yang jenis sederhana (jerawat biasa) sehinggalah kepada jerawat merbahaya (bintil dan sista).

Jerawat berlaku apabila folikel rambut pada kulit tersumbat. Manusia menghasilkan minyak di bawah kulit (ia dipanggil sebum) daripada kelenjar di sebelah folikel rambut yang membantu mengekalkan kulit daripada kering. Namun, apabila ada jerawat maka terlalu banyak sebum dihasilkan. Minyak yang berlebihan dan digabungkan dengan sel kulit mati boleh menyebabkan folikel kulit tersumbat. Jerawat atau sista berlaku apabila bakteria yang biasanya tidak merbahaya hidup di dalam kulit, membesar dan menghalang folikel sehingga menjadi radang.

Terdapat enam jenis bintik

Bintik hitam

Ia adalah bintik-bintik hitam kecil atau kekuningan pada kulit. Bintik hitam ini bukanlah kotoran, tetapi disebabkan lapisan dalaman folikel rambut yang mengeluarkan pigmentasi.

Bintik putih

Kelihatan sama seperti bintik hitam tetapi lebih lembut, dan apabila dipicit ia mempunyai isi.

Papul

Ia adalah benjolan kecil yang berwarna merah

Pustul

Ia sama seperti papul, tetapi hujungnya putih disebabkan pengumpulan nanah

Bintil

benjolan keras yang besar di bahagian permukaan kulit dan menyakitkan

Sista

Benjolan besar bernanah yang kelihatan sama seperti bisul. Ia adalah jerawat yang serius dan mempunyai risiko parut berkekalan.

 

Basuh muka dua kali sehari menggunakan sabun sederhana dan air suam.

Air yang terlalu panas atau sejuk boleh menjadikan jerawat bertambah teruk.

Jangan picit bintik

Ia boleh menjadikannya lebih teruk dan mengakibatkan parut

Elakkan daripada menyentuh muka dan pastikan tangan anda dibasuh:

Elakkan menyentuh muka dengan tangan dan pastikan tangan anda dibasuh dengan kerap. Menyentuh muka dengan tangan yang kotor bukan sahaja boleh menyebarkan bakteria, ia juga boleh menjadikan radang kulit.

Q. Orang dewasa tidak dijangkiti jerawat

Salah. Jerawat tiada had usia. Tetapi hormon memainkan peranan penting dalam jangkitan jerawat orang dewasa. Mereka perlu ingat bahawa kulit orang dewasa kurang berminyak berbanding remaja.

Q. Memicit jerawat adalah cara terbaik untuk menanganinya

Salah. Memicit jerawat, tidak kira bintik hitam atau bintik putih boleh menjadikannya lebih teruk, dan mungkin mengakibatkan jerawat.