44 First Aid

Daripada detik si manja anda melangkah buat kali pertama, mereka pasti akan jatuh ketika bermain, meneroka dan belajar. Orang dewasa juga akan mengalami luka dan kesan melecet. Walaupun tubuh kita boleh sembuh dengan segera, namun menggunakan kaedah rawatan pertolongan cemas membolehkan luka ringkas sembuh dengan lebih cepat dan tidak dijangkiti.

Mengapa pertolongan cemas itu penting?

Apabila kulit kita sihat, ia memberi perlindungan semula jadi terhadap kuman. Tetapi, apabila kulit kita terbuka disebabkan luka, kesan melecet atau gigitan, ia terdedah dan kuman boleh memasuki tubuh kita. Tisu yang lembap, hangat dan bernutrisi merupakan persekitaran yang ideal untuk bakteria berkembang.

Luka dijangkiti apabila

  • Kuman yang biasanya tidak memberi ancaman kepada tubuh memasuki luka dari sekitar kulit yang sihat 
  • Luka dicemari kuman dari kotoran, haiwan atau individu apabila cedera 
  • Kuman bawaan udara memasuki luka 
  • Luka disentuh dengan tangan yang tidak dibasuh atau perkara lain yang dicemari kuman dan bakteria

Sama ada luka dijangkiti dan betapa cepatnya ia dijangkiti, semuanya bergantung kepada beberapa faktor. Ia termasuklah jenis bakteria yang mencemarinya, jenis luka, kedalaman luka, lokasi, paras bekalan darah ke kawasan luka, kehadiran bahan pencemar dan paras tindak balas imunisasi badan kepada mikroorganisma yang menceroboh. Sesetengah jangkitan luka mungkin merbahaya dan kita tidak boleh bergantung sepenuhnya kepada antibiotik untuk merawatnya (misalnya jangkitan disebabkan MRSA).Kesan luka dijangkiti adalah ia gagal sembuh. Gunakan antiseptik kerana ia adalah langkah berjaga-jaga untuk menghalang jangkitan yang melambatkan proses penyembuhan luka.

Pertolongan cemas yang ringkas untuk menghalang jangkitan luka kecil

  • Bersihkan tangan sebelum dan selepas menyentuh luka menggunakan sabun antimikrob, atau santasi tangan berasaskan alkohol.
  • Bersihkan luka dengan air yang mengalir, pembersih antiseptik, atau cecair antiseptik campuran 
  • Keringkan kulit sekitar luka dengan lembut 
  • Sapukan krim antiseptik untuk membunuh kuman dan bakteria yang masih ada 
  • Lindungi luka dengan pembalut dan salin dengan kerap 
  • Amalan membersihkan tangan dengan membasuh tangan selepas selesai

Jika luka tidak berhenti berdarah atau menunjukkan tanda-tanda jangkitan seperti kemerah-merahan atau bengkak, dapatkan nasihat pakar perubatan dengan segera.