413 Hygiene In Rainy Season

Monsun atau musim hujan boleh memberi cabaran kepada kesihatan anda, jadi kami mempunyai tip yang boleh membantu anda kekal sihat ketika musim ini.

Apakah itu monsun?

Musim monsun/hujan adalah perubahan cuaca bermusim yang membawa udara hangat dan lembap dari laut ke darat. Ia menghasilkan tempoh hujan yang berpanjangan. Monsun Barat Daya biasanya tiba pada penghujung Mei sehingga September, dan Monsun Barat Laut biasanya tiba dari November sehingga Mac dengan hujan yang sangat lebat. Hujan lebat dan ribut petir merupakan tanda ketibaan musim hujan/monsun.

Bagaimana monsun memberi kesan kepada kesihatan?

Cabaran kesihatan ketika musim hujan/monsun biasanya berkaitan dengan jumlah air bertakung yang banyak, ia menggalakkan pembiakan nyamuk dan menyebarkan demam malaria dan denggi.

Disebabkan peningkatan air yang bertakung di kawasan persekitaran, terdapat peningkatan masalah keracunan makanan dan penyakit gastro intestinal, begitu juga peningkatan masalah batuk, demam dan selesema.

Isu lain termasuklah jangkitan kulat dan kutu air. Jika anda mengalami asma, jumlah air yang berlebihan dan udara hangat boleh menggalakkan kelembapan dan pertumbuhan kulat pada dinding, ia boleh memburukkan keadaan.

Bagaimana untuk kekal sihat semasa musim monsun?

Elakkan pembiakan nyamuk:

  • Gunakan racun nyamuk dan kerap kali mengisi semula
  • Gunakan racun atau peranti untuk mencegah nyamuk di persekitaran anda
  • Tidur dengan memasang kelambu
  • Tutup bekas yang tidak digunakan, penyejuk, pasu, dan lain lain, supaya ia tidak menakung air dan menjadi tempat pembiakan nyamuk.

Berhati-hati ketika memilih makanan dan minuman:

  • Makan makanan yang dimasak sempurna: memang berbaloi untuk mengelakkan makanan mentah dan salad, melainkan anda boleh menjamin ia telah dibasuh dengan air bersih, atau cecair pembasmi kuman untuk membunuh bakteria merbahaya.
  • Elakkan makan di gerai pada ketika ini, kerana ia mungkin mengandungi bakteria merbahaya.
  • Pastikan diri anda kekal hidrat dengan air minuman yang bersih dan selamat, kerana anda mungkin akan mengalami dehidrasi sepanjang musim ini.

Pastikan diri anda bersih dan kering:

  • Bawa payung dan kain yang sesuai untuk kekal kering dalam keadaan basah.
  • Elakkan berjalan di dalam takungan air atau menjadikan kaki anda basah. Ia menyebabkan jangkitan kulat pada kaki dan jari.
  • Pastikan diri anda kering dan elakkan diri daripada terkena takungan air yang kotor kerana ia mungkin mengandungi bakteria merbahaya.
  • Amalkan kebersihan tangan yang bagus, kerap kali membersih tangan dengan sabun selepas menggunakan tandas dan sebelum menyediakan atau selepas makan. Ia amat penting, malah banyak membantu ketika musim hujan untuk menentang penyebaran virus dan bakteria.
  • Basuh dengan kerap, dan jika badan anda basah, bersihkan diri anda dengan sabun dan keringkan dengan tuala kering, di celah jari dan mana-mana lipatan pada badan. Menggunakan bedak boleh memastikan tubuh anda kering sepenuhnya untuk mengelakkan mana-mana jangkitan kulat.
  • Sabun dan pembersih badan Dettol boleh membantu kerana ia membunuh bakteria. Semasa mandi, tambahkan Cecair Antiseptik Dettol ke dalam air mandian untuk membunuh bakteria merbahaya. Ini amat berguna jika mandi dengan air yang ditakung. Sentiasa guna mengikut arahan.

Pastikan rumah anda bersih dan bebas kuman:

  • Elakkan bersentuhan dengan dinding basah, kerana ia merupakan tempat pembiakan kulat dan kulapuk.
  • Sentiasa basmi kuman permukaan rumah anda, terutama sekali kawasan yang bersentuhan dengan makanan, begitu juga kawasan lembap seperti bilik mandi, di mana kelembapan boleh membawa pembiakan kulat dan kulapuk.