5 1 Home Hygiene

Kediaman yang bahagia adalah kediaman yang sihat. Kediaman yang sihat adalah kediaman yang mengamalkan kebersihan yang baik. Ini bermakna anda melakukan segalanya untuk melindungi anda seisi keluarga daripada penyakit yang disebabkan oleh bakteria.

Sesetangah bakteria boleh hidup di atas permukaan lebih daripada 24 jam. Jika ia adalah permukaan yang kerap disentuh, maka ia memberi ancaman kepada kesihatan anda. Sudah tentulah anda tidak boleh membunuh setiap kuman di dalam kediaman, tetapi amalan membersih yang kerap dan pembasmian kuman kawasan berisiko tinggi (lokasi berkuman) akan membantu melindungi anda seisi keluarga daripada dijangkiti penyakit disebabkan bakteria.
Lokasi berkuman termasuklah:

Di dapur:

  • Sinki dan paip dapur 
  • Kain dan span pembersih 
  • Ruang kerja dan papan pemotong 
  • Permukaan yang kerap disentuh (dapur, almari dan pemegang pintu peti sejuk, tombol dan suis) 
  • Permukaan yang disentuh oleh haiwan atau haiwan peliharaan 
  • Tong sampah 
  • Bahagian dalam peti sejuk

Di dalam bilik mandi:

  • mangkuk tandas dan pemegang kumbahan
  • Sinki, pili air dan pili mandian
  • Sudut lembap di mana kulat dan kuman boleh membesar

Di pusat jagaan:

  • tikar menyalin dan permukaan sekitarnya
  • lantai (jika si manja anda merangkak) dan tikar untuk bermain
  • mainan kanak-kanak

Di ruang tamu dan bilik tidur:

  • alat kawalan TV
  • gagang telefon
  • suis lampu

Menggunakan produk Dettol yang bersesuaian sebagai sebahagian daripada rutin kebersihan akan membantu melindungi anda seisi keluarga dan memberi jaminan bahawa ‘lokasi’ ini tidak memberi risiko kepada kesihatan keluarga anda.