55 LAUNDRY 740X400

Jika anda membuat cucian pada suhu rendah, maka ada sesuatu pada cucian itu. Disebabkan ciri-ciri lembut fabrik pada hari ini dan dalam usaha untuk mengurangkan kos perniagaan, cucian di rumah kini dijalankan pada 30-40°C. Namun, sekiranya anda mencuci pada suhu di bawah 60°C, bakteria dan kuman lain masih boleh terselamat dan dipindahkan di antara pakaian di dalam cucian, lalu membawa risiko jangkitan.

Sepanjang aktiviti harian, bakteria boleh terkumpul di dalam pakaian. Antara pakain yang boleh dicemari adalah yang bersentuhan secara terus dengan tubuh atau digunakan di kawasan yang mungkin dicemari di rumah. Pakaian yang berisiko tinggi adalah seperti pakaian dalam (dan stokin), tuala, tuala muka, lampin guna semula, pakaian sukan, baju tidur dan pakaian serta tuala yang digunakan untuk menyediakan makanan di dapur. Fabrik yang tidak bersentuan dengan badan seperti pakaian ‘luar’ jarang sekali menjadi punca jangkitan melainkan ia dicemari muntah atau najis.

Risiko jangkitan juga meningkat secara mendadak dalam keadaan tertentu:

  • Jika ada ahli keluarga yang mengalami cirit-birit atau muntah-muntah; 
  • Jika ada ahli keluarga mempunyai jangkitan kulit atau luka; atau 
  • Jika ada ahli keluarga yang mempunyai daya tahan lemah akibat jangkitan.

Untuk memastikan pakaian anda bersih daripada kuman, bukan sekadar kelihatan bersih, ikuti tip-tip mudah ini:

  • Untuk fabrik berisiko tinggi atau sekiranya berlaku risiko yang lebih tinggi, cuci pakaian pada suhu yang lebih tinggi – lebih daripada 60°C
  • Jika tidak boleh, atau anda ingin mencuci pada suhu rendah – di bawah 60°C – pastikan anda menambahkan sanitasi atau disinfektan cucian seperti Pembersih Pakaian Antibakteria Dettol untuk melindungi daripada bakteria merbahaya yang mungkin terselamat di dalam cucian suhu rendah.
  • Fabrik yang digunakan sekitar makanan, cth: tuala mengelap, asingkannya daripada fabrik lain 
  • Semasa membasuh lampin guna semula, buangkan bahan-bahan pejal dengan tisu dan buangkan ke dalam mangkuk tandas. Basuh lampin secara berasingan dengan menggunakan kitaran prabasuhan, diikuti air panas (melebihi 60°C). 
  • Jangan cuci fabrik yang kotor dengan tangan di sinki atau kawasan sekitarnya sebelum cucian mesin kerana ia boleh mencemarkan kawasan tersebut. 
  • Jika anda mencuci pakaian bayi anda (tidak termasuk lampin) bersama-sama pakaian lain, tambahkan disinfektan untuk memastikan cucian anda bersih daripada kuman. 
  • Jika ada ahli keluarga atau bayi anda yang tidak sihat, cucilah pakaian mereka secara berasingan dengan disinfektan cucian untuk mengurangkan risiko penyebaran jangkitan 
  • Keringkan cucian secepat mungkin selepas basuhan (cth: jangan biarkan ia lembap semalaman) kerana kuman yang ada mungkin bertambah. 
  • Semakin tinggi suhu, semakin tinggi peluang membunuh kuman. Untuk menghalang pengumplan bakteria dan kuman lain di dalam mesin anda, tetapkan kitaran 90°C (atau suhu tertinggi yang dibenarkan oleh mesin anda) seminggu sekali. Biarkan ruang sabun pencuci terbuka setiap kali selepas digunakan agar ia kering. 
  • basuh tangan dengan teliti selepas menguruskan bahan cucian.

Ingat, Pembersih Cucian Antibakteria Dettol membunuh 99.9% bakteria walaupun pada suhu rendah.