521 Kitchen Safety Hotspots (1)

Kebanyakan keluarga meluangkan masa bersama di dapur. Ia juga tempat yang dipenuhi kuman. Malah, kebanyakan kes keracunan makanan bermula di rumah, kemudian di luar, disebabkan pengendalian makanan dan kebersihan dapur yang teruk. Jadi, apa yang boleh anda lakukan untuk mencegah penyebaran bakteria merbahaya?

Anda tidak perlu membersihkan semua tempat, tetapi terdapat beberapa lokasi utama yang kerap kuman berkumpul dan perlu dibersihkan lebih kerap berbanding lokasi lain untuk menjamin kebersihan dapur.

Lokasi paling kerap dipenuhi kuman di dapur:

Kain dan span: jika kain mengelap dibiarkan dalam keadaan lembap, ia boleh dipenuhi bakteria. Bakteria ini boleh disebarkan kepada objek dan permukaan lain di seluruh dapur sekiranya kain atau span kerap kali digunakan. Gunakan kain pembersih pakai buang atau basmi kuman kain mengelap dan span melalui rendaman Cecair Antiseptik Dettol.

Permukaan penyediaan makanan: Ruang penyediaan makanan dan papan memotong boleh dicemari dengan bakteria daripada makanan mentah seperti daging, ayam itik, bahan salad, buah dan sayur-sayuran. Makanan yang mentah dan sedia untuk dimakan perlu disimpan secara berasingan, lebih baik jika menggunakan papan pemotong berasingan. Semua permukaan perlu dibersihkan dan dibasmi kuman selepas digunakan dan tangan perlu dibasuh selepas itu.

Permukaan kerap disentuh: Terdapat sebilangan permukaan di dapur yang berpotensi menjadi kaedah pemindahan kuman. Sebelum menyediakan makanan, anda patut membasuh tangan dengan sabun walaupun ia tidak kelihatan kotor. Anda patut membasmi permukaan dengan kerap kerana ia mungkin tercemar setelah disentuh dengan tangan yang kotor yang telah mendapat bakteria daripada makanan mentah. Sesetengah permukaan yang kerap disentuh di dapur termasuklah:

  • Permukaan dalaman peti sejuk, penyejuk beku dan dapur 
  • Tombol pintu dan pemegang laci 
  • Kaunter dapur 
  • Pili

Sinki: Boleh dicemari jika makanan mentah (cth: ayam itik, buah, bahan salad dan sayur-sayuran) dibilas di dalam sinki unttuk dibersihkan ketika menyediakan makanan. Malah, membilas atau menggunakan bahan tercemar seperti span dapur dan kain mengelap untuk membersihkan sinki akan menambahkan lagi pencemarannya. Permukaan sinki dan kawasan sekitar seperti pili patut dibasmi kuman sepenuhnya dengan Penyembur Disinfektan Dettol.

Tong sampah: tong sampah adalah satu lagi lokasi yang banyak kuman. Gunakan tong sampah dengan penutup untuk mengelakkan haiwan peliharaan dan haiwan liar menyelongkarnya dan untuk mengurangkan bau. Jika kosong, bersihkan dan basmi kuman dengan kerap menggunakan Penyembur Disinfektan Dettol. Jangan lupa untuk membersihkan dan membasmi kuman pemegang dan penutup.

Jangan lupa untuk membasuh tangan anda: Tangan adalah punca utama penyebaran kuman dan silangan jangkitan di rumah. Apabila menggunakan dapur, pastikan anda membasuh tangan dengan sabun sebelum dan selepas menyediakan makanan dan sebelum makan.