522 Food Safety

Ramai yang beranggapan apabila kita dijangkiti penyakit atau cirit-birit, ia adalah disebabkan keracunan makanan akibat makan di luar. Sebenarnya, kebanyakan keracunan makanan berpunca dari rumah dan ia disebabkan kebersihan dapur yang teruk. Kuman daripada makanan mentah (termasuklah daging, ayam itik, telur, ikan dan makanan laut, buah dan sayur-sayuran) dipindahkan ke permukaan dapur atau makanan lain sewaktu penyediaan makanan, atau makanan tidak dimasak dengan baik.

Elakkan keracunan makanan di rumah dengan mengikuti empat langkah keselamatan makanan: Silangan Pencemaran, Membersih, Memasak dan Menyejukkan

Empat langkah kebersihan makanan

Silangan pencemaran

Antara penyebab utama keracunan makanan adalah silangan pencemaran. Ketika inilah kuman-kuman merbahaya di sejenis makanan terpindah ke makanan lain, biasanya daripada tangan seseorang atau alat memasak. Tetapi, risiko kesihatan boleh dicegah dengan mudah:

  • Basuh tangan menggunakan sabun dan air sebelum menyentuh makanan dan dengan segera selepas mengendalikan makanan mentah (cth: daging, telur), mengendalikan tong sampah, menyentuh haiwan peliharaan atau pergi ke tandas. Sabun Basuh Tangan Dettol adalah cara terbaik untuk mencegah Silangan Pencemaran.
  • Basuh dan basmi kuman setiap permukaan dengan segera selepas menyediakan makanan
  • Jika boleh, gunakan papan pemotong mengikut warna untuk makanan mentah dan yang sedia di masak.
  • Tutup makanan atau simpankan dalam bekas tertutup untuk menghalang kuman daripada masuk
  • Simpan dan sediakan makanan mentah jauh daripada makanan yang telah dimasak atau sedia dimakan
  • Jauhkan haiwan peliharaan atau haiwan daripada kawasan penyediaan makanan dan kawasan makan.

Membersih

Masak daging sepenuhnya untuk membunuh kuman merbahaya yang boleh mengakibatkan keracunan makanan. Untuk mengetahui bagaimana daging anda telah dimasak, masukkan pisau ke bahagian yang paling tebal. Jika ia masak, tidak akan ada tanda daging merah jambu atau air. Semasa memanaskan makanan, pastikan ia panas secara menyeluruh dan jangan memanaskan makanan lebih daripada sekali.

Menyejukkan

Memastikan makanan sejuk (0-5°C, 32-41°F) atau membekukannya akan memperlahankan pertumbuhan bakteria merbahaya. Sentiasa periksa arahan menyimpan dan ikut tarikh luput untuk membungkus makanan. Jika ada sebarang lebihan, tutup dan simpankannya di dalam peti sejuk atau penyejuk beku dalam masa 2 jam setelah dimasak, tetapi pastikan ia sejuk sepenuhnya. Asingkan ke dalam bekas lebih kecil untuk mempercepatkan penyejukan jika perlu.