541 Bathroom Hygiene Hotspots

Tahukah anda, walaupun tandas anda mengandungi bakteria dan kuman lain kerana anda kerap membersihkannya dengan pencuci tandas, ia jarang mengancam kesihatan anda. Bakteria sebenarnya lebih kerap tersebar ke kawasan yang kerap disentuh (cth: mangkuk tandas, pemegang kumbahan, pili air) melalui tangan yang tercemar semasa anda menggunakan tandas.

Untuk kebersihan tandas yang baik, pastikan anda perhatikan lokasi paling berkuman di tandas.

4 lokasi kerap berkuman di tandas

Permukaan yang kerap disentuh: Permukaan yang kerap disentuh seperti pemegang kumbahan, mangkuk tandas, pili air, tombol pintu, dan tong sampah mungkin dicemari ketika penggunaan tandas. Jika ada si manja yang baru mengenali keseronokan air mengalir dari paip dan kumbahan tandas, maka kebersihan yang baik amatlah penting. Kerap bersihkan dan basmi kuman permukaan yang kerap disentuh dengan pembersih antibakteria seperti Dettol disinfectant spray yang cukup berkuasa untuk membersih dan membasmi kuman tanpa kesan bahan kimia. 

Kain/Span: kain pembersih dan span mandian di tandas boleh menyimpan kuman jika ia kekal lembap. Pastikan anda kerap membasmi kuman kain yang digunakan semula, tuala muka dan span dengan membasuh secara berasingan menggunakan air panas (lebih daripada 60°C) atau dengan merendam di dalam cecair disinfektan Dettol.

Barangan kebersihan diri: Barangan kegunaan peribadi seperti berus gigi dan berus pengilap kuku boleh dicemari dan menjadi punca penyebar kuman. Simpan ia di tempat di mana kuman sukar untuk mendekatinya dan kemudian bilas dengan aliran air dan keringkan dengan segera selepas digunakan.

Jangan lupa membasuh tangan: Tangan adalah penyebab utama silangan pencemaran dan silangan jangkitan di rumah. Pastikan tangan anda dibasuh dengan sabun dan air bersih selepas menggunakan tandas.