SK TASEK DAMAI 1

Si manja anda sentiasa memegang benda-benda yang penuh dengan kuman. Semasa anda ada, anda boleh terus menjaga mereka dan memastikan tangan mereka bersih selepas menggunakan tandas atau sebelum makan. Tetapi, bagaimana pula di sekolah? Bagaimana anda boleh pastikan amalan kebersihan yang anda ajar diikuti?

Sekolah adalah tempat di mana kuman boleh disebarkan dengan mudah kerana terdapat ramai kanak-kanak saling bersentuhan. Ia semudah mempunyai seorang kanak-kanak mengabaikan amalan kebersihan sudah cukup untuk menyebarkan jangkitan.

Sayangnya di kebanyakan negara, terutama sekali negara membangun, lebih daripada dua ribu kanak-kanak mati setiap hari akibat penyakit yang boleh dicegah seperti cirit-birit dan sesetengah kematian tersebut boleh dihalang dengan tindakan ringkas seperti membasuh tangan dengan sabun.

Dettol telah banyak melabur di dalam pelbagai program kesedaran di seluruh dunia untuk mengajar kanak-kanak di sekolah tentang amalan kesihatan. Kami memastikan program kami menyeronokkan, penuh sensasi dan interaktif untuk kanak-kanak.

  • Pada tahun 2013, kami mendekati 63 juta kanak-kanak di seluruh dunia untuk kesedaran tentang kesihatan – membasuh tangan dengan sabun. Kami berbuat begitu dengan membekalkan guru sumber yang diperlukan untuk membantu mereka menegaskan amalan kesihatan dan memberi ganjaran kepada kanak-kanak yang memastikan tangan mereka bersih bersama ibu bapa.
  • Di China, kami membantu memecahkan dua rekod dunia sewaktu bekerjasama dengan Save the Children dan ahli jawatankuasa kempen kesihatan tempatan di wilayah Anhui. 2,571 kanak-kanak mencipta rekod dunia baru untuk rantaian bersalam terpanjang. Sukarelawan dewasa turut menyertainya dengan 366 sukarelawan kesihatan untuk menghasilkan rekod peserta paling ramai dalam cucian tangan berganti.
  • Di Amerika, Lysol, jenama perlindungan kuman kami di Amerika, telah bekerjasama dengan dua pertubuhan Amerika untuk menganjurkan program ‘Healthy Habits’, untuk mendidik kanak-kanak bersekolah di seluruh Amerika.

Di Dettol, kami yakin sepenuhnya dengan kuasa pendidikan kesihatan. Ia merupakan amalan kami, kerana ia membantu melindungi keluarga daripada penyakit dan membantu memberi kesihatan yang lebih baik untuk seisi keluarga.