71 Mums Program

Mempunyai bayi baru adalah anugerah yang bermakna dan merupakan detik yang menakjubkan bagi ibu baru. Ia juga datang dengan tanggungjawab besar untuk menjaga anugerah yang bakal diterima. Ketika ini, melindungi bayi baru daripada penyakit dan jangkitan menjadi lebih penting, ini kerana bayi yang baru lahir mudah diserang penyakit kerana sistem imunisasi mereka masih belum berkembang sepenuhnya.

Dettol mempunyai kepakaran selama lebih daripada 80 tahun dalam bidang kebersihan dan bermatlamat melindungi bayi yang baru dilahirkan dan kanak-kanak daripada jangkitan. Setiap tahun kami mendekati 8 juta ibu baru di seluruh dunia dengan tujuan mendidik mereka tentang kebersihan.

Kami bekerjasama dengan ramai pihak, daripada badan kebajikan dan pertubuhan bukan kerajaan sehinggalah kepada pakar penjagaan kesihatan seperti pakar pediatrik dan bidan, serta pelbagai organisasi kerajaan di lebih daripada 40 buah negara di seluruh dunia untuk mendekati ibu-ibu baru dan mengajar mereka langkah kebersihan yang ringkas tetapi berkesan bukan sekadar untuk melindungi kesihatan bayi, tetapi seluruh keluarga. Ia amat penting kerana setiap tahun, lebih daripada 800,000 kanak-kanak mati di bawah usia lima tahun disebabkan Diarea, penyakit yang boleh dicegah dengan amalan kebersihan yang sempurna.

Matlamat kami adalah untuk membantu para ibu baru memastikan keluarga mereka sihat dan mengajar mereka bagaimana tindakan ringkas boleh memberi kesihatan dan perlindungan kepada seluruh ahli keluarga mereka.

Di Dettol, kami yakin sepenuhnya dengan kuasa pendidikan kesihatan. Ia merupakan amalan kami, kerana ia membantu melindungi keluarga daripada penyakit dan membantu memberi permulaan yang sihat kepada bayi yang baru lahir.