Breadcrumbs

Ajar kesayangan anda cara betul membasuh tangan

Sebagai ibu, anda akan melakukan segalanya untuk melindungi anak tersayang anda.

Anda akan mengajari mereka tabiat-tabiat yang sihat.

Tetapi setiap minit di seluruh dunia, seorang kanak-kanak akan meninggal dunia akibat penyakit cirit-birit yang boleh senang dicegah.

Penyelesaian segera: Basuh Tangan Dengan Sabun

Walaupun membasuh tangan dalam rutin harian kita, seringkali caranya tidak betul. Tahukah anda bahawa CDC (Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit) mengesyorkan kita untuk membasuh tangan sekurang-kurangnya 20 saat dengan sabun?

Pada kempen Global Hand Washing Day, kita mempunyai misi untuk mendidik semua orang tentang kepentingan membasuh tangan dengan sabun dan memupuk tabiat harian ini, terutamanya di kalangan kanak-kanak.

"Jumlah kematian kanak-kanak setiap tahun akibat penyakit berjangkit seperti cirit-birit semakin banyak dan merupakan krisis global yang ketara. Walau bagaimanapun, cirit-birit boleh dicegah dengan amalan kebersihan tangan. Ia adalah salah satu langkah paling mudah untuk melindungi diri kita and keluarga kita dari penyakit. Kita mesti membasuh tangan dengan sabun, terutamanya selepas ke tandas dan sebelum makan. Dengan itu, kita boleh menghentikan rangkaian jangkitan dan mengelakkan kematian."
Professor John Oxford, Chairman of the Global Hygiene Council

Sokonglah Give Life A Hand

Untuk membantu elakkan kanak-kanak daripada jatuh sakit akibat cirit-birit, sokonglah kami untuk memastikan tabiat membasuh tangan menjadi kebiasaan harian.


Tunjukkan sokongan anda dengan membasuh tangan anda dengan sabun dan muat naik gambar tangan yang bersih dan hashtag #HealthyHands.

Untuk setiap #HealthyHands dengan gambar tangan bersih anda, kami akan mengajar seorang kanak-kanak cara betul membasuh tangan dengan sabun melalui program sekolah kami.

Untuk maklumat lanjut tentang program sekolah kami, klik di sini.

Mari kita meraikan Global Hand Washing Day dan berkongsi #HealthyHands untuk memupuk tabiat membasuh tangan dalam rutin harian kami.