73 Disaster Relief

Cuaca buruk atau kejadian lain kadangkala boleh membawa bencana kepada keseluruhan masyarakat dan memberi cabaran kepada masyarakat untuk kekal sihat.

Ini termasuklah banjir, pencemaran oleh longkang dan kerosakan air, dan macam-macam lagi. Semua masalah ini merupakan penggalak berkembangnya bakteria dan kuman lain, malah anda tidak mempunyai air yang diperlukan untuk proses pembersihan.

Di Dettol, kami komited untuk membantu golongan yang memerlukan dan terutama sekali apabila berlakunya bencana. Berikut adalah beberapa contoh:

  • Dana Kecemasan Kanak-Kanak

Dettol, bersama syarikat utamanya RB, bekerjasama dengan Save The Children di seluruh dunia untuk membantu kanak-kanak ketika berlakunya bencana. Pada tahun 2007, Dana Kecemasan Kanak-Kanak telah ditubuhkan untuk memberi bantuan serta-merta kepada sebarang bencana.  

  • Usaha Bantuan Bencana

Apabila bencana melanda, Dettol bertindak dengan sumbangan produk percuma dan kadangkala sumbangan kewangan sebagai cara kami membantu. Misalnya, semasa bencana Taufan Haiyan di Filipina dan sewaktu ribut melanda Amerika pada tahun 2013. 

Save the Children adalah pertubuhan bebas terkemuka di dunia untuk membantu kanak-kanak. Save the Children beroperasi di lebih daripada 120 negara untuk menyelamatkan kanak-kanak, berjuang demi hak kanak-kanak dan membantu menyerlahkan potensi mereka. RB dan Dettol adalah rakan Save the Children.