Ourhistory

Jenama kami bermula di hospital sejak 80 tahun yang lalu, di mana Cecair Antiseptik Dettol digunakan untuk membersih dan membunuh kuman pada kulit untuk prosedur pembedahan. Sebagai jenama yang dipercayai doktor, Dettol juga digunakan untuk melindungi para ibu daripada penyakit selepas bersalin.

Sejak itu, Dettol telah dipercayai di seluruh dunia untuk membantu mengelakkan luka daripada dijangkiti, mengelakkan penyakit dan membantu para ibu melindungi keluarga mereka dengan membunuh kuman-kuman merbahaya dan membantu menghasilkan suasana yang selamat untuk mereka.

Jenama kami terus menjadi salah satu jenama yang paling dipercayai dalam bidang kesihatan. Hari ini, ia masih dinilai sebagai produk yang berkesan dan dipercayai, serta selamat untuk digunakan terhadap kulit tetapi cukup kuat untuk membunuh kuman.